Pendidikan

Permintaan jururawat lelaki di Malaysia seperti permata

Permintaan jururawat lelaki dalam industri perubatan semakin dipandang tinggi ia ibarat seperti permata, banyak pusat perubatan yang menantikan mereka untuk memperkasa keboleh pasaran kerjaya.

Oleh itu YEG Academy menjalin kerjasama dengan MAHSA Universiti menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) pada Isnin.

EG Academy menjalin kerjasama dengan MAHSA Universiti menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) pada Isnin.

Menurut Ketua Pegawai Operasi YEG, Mohamad Fikri Hasbi, Kerjasama antara dua hala ini juga melibatkan empat buah hospital iaitu Hospital Thamson, KPJ Healthcare, Regency Specialits Hospital dan ICG Healthcare.

Jelasnya, permintaan jururawat di hospital terlalu tinggi terutamanya untuk gradusi lelaki.

‘’Pelajar jururawat kita lihat ramai perempuan tetapi untuk pelajar lelaki ia ibarat satu permata di dalam kelas jururawat dan paling cepat mendapat pekerjaan di mana-mana hospital’’. Ujarnya lagi dalam sidang media selepas majlis tanda tangan MoU di sini hari ini.

Tambah Dekan dan Pengarah Kanan Akademik Fakulti Kesihatan, Sains, Kejuurawatan dan Pendidikan Universiti MAHSA, Profesor Veronica Chua Poh Chookebanyakan universiti ini mendapat permintaan dari jururawat lelaki.

‘’Kami sering mendapat permintaan yang tinggi dari majikan terutamanya gradusi jururawat lelaki, dan saya rasa ini adalah rekod yang paling baik kerana mereka ada pasaran tetapi tiada supply.

“Kerjaya ini sejak tahun 2020, mendapat permintaan tinggi bukan sahaja didalam negara malah Singapura, Arab Saudi dan Dubai juga memohon para graduan kami untuk berkhidmat di negara mereka selepas tamat pengajian.

“Objektif kerjasama dengan YEG sebagai pembuka jalan bagi graduan kami memenuhi permintaan keboleh pasaran negara’’. Jelasnya.

Selain itu YEG juga membuat kajian kepada pelajar lepasan SPM di mana ramai yang tidak mahu menyambung pelajaran selepas pendamik covid.

Kata Fikri, kaji selidik ini juga mendapati para pelajar lebih berminat untuk terus menceburi bidang pekerjaan berdasarkan pelbagai faktor.

‘’Kebanyakan lelaki lepasan SPM, mereka memang nak buat duit kerana itu kami wujudkan work base learning ini, ia menyasarkan untuk mereka yang begini, mereka tidak mahu belajar lama-lama tetapi nak buat duit, jadi ini lah sesuai untuk mereka’’. Ujarnya.

Sektor kesihatan negara juga telah membuka peluang kepada jururawat warga asing yang disahkan oleh Lembaga Jururawat Malaysia untuk berkhidmat disini sejak Oktober 2022.

Melalui program ini YEG Academy dan MAHSA  menyasarkan 400 graduan setahun dilahirkan.

Artikle Berkaitan :>

KKM Pertimbangkan Cadangan Ambil Jururawat Terlatih Dari Luar Negara!

YEG sasar 5,000 pelajar tahun ini

(Visited 108 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button