Nasional

Pensyarah UPSI ajar Bahasa Melayu di Dhaka

Demi terus mengembangkan bahasa Melayu ke persada antarabangsa, Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) menerusi Fakulti Bahasa dan Komunikasi( FBK) menghantar dua pensyarahnya ke Bangladesh.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff menyifatkan bahasa Melayu berpotensi untuk dikembangkan di luar negara dan akhir-akhir ini mendapat sambutan beberapa universiti di luar negara.

“Saya berbangga dengan langkah pengantarabangsaan yang dilakukan oleh FBK dan kejayaan ini mencerminkan UPSI senantiasa melihat potensi yang dimiliki oleh bahasa Melayu untuk dikembangkan,” katanya.

Dr Norfaizah dan Dr Rohayaty bersama Naib Canselor Universiti Dhaka, Prof Dr Md. Akhtaruzzaman (kanan) sambil disaksikan Pengarah Institut Bahasa Moden, Prof Dr A.B M Razaul Karim Faquire.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor ( Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Marzita Puteh berkata langkah itu bertepatan dengan visi pengantarabangsaan universiti.

Beliau berkata FBK sudah mengambil inisiatif yang baik untuk terus meluaskan usaha menjayakan program pengembangan bahasa Melayu demi mengangkat martabat bahasa berkenaan.

Menurut beliau dua penyarah dari Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu berkenaan ialah Dr Norfaizah Abdul Jobar dan Dr Rohayati Junaidi.

Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff

Katanya , mereka berdua berada di Univesiti Dhaka sebagai pensyarah pelawat iaitu untuk julung kalinya di Bangladesh.

Sepanjang berada di universitu itu dari 1 September hingga 28 Februari 2024,katanya, kedua mereka akan mengajar bahasa Melayu mengikut kaedah pengajaran untuk penutur asing.

Sebelum ini FBK menghantar pensyarah untuk mengajar bahasa Melayu kepada pelajar di dua buah universiti di Uzbekistan di bawah Program Mobiliti Inbound Tenaga Pengajar Bahasa Melayu Antarabangsa (Uzbekistan) iaitu di Tashkent State University of Oriental Studies (TSOUS) dan Uzbekistan State World Languages University ( UzSWLU).

Prof Dr Marzita Puteh

Dr Rohayati berkata Institut Bahasa Moden yang menjadi tempat mereka bertugas sebagai pensyarah pelawat menawarkan 16 program diploma bahasa asing termasuk yang terbaru Bahasa Melayu.
“Di sini kami akan mengajar bahasa Melayu kepada penutur asing dan menubuhkan Pusat Pengajian Global serta mengajar bahasa Melayu kepada 30 pelajar,” katanya. – SM

Baca : Warga Muallim banjiri UPSI sempena ambang merdeka

(Visited 353 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button