Nasional

Pendidikan akhlak lahir remaja tinggi jati diri – Raja Muda Perlis

PENDIDIKAN akhlak dan prilaku baik akan melahirkan generasi remaja yang mempunyai jati diri yang tinggi.

Kesan akhlak pada sahsiah dan disiplin juga turut menjadi penghalang kepada golongan remaja daripada terlibat dengan budaya yang tidak relevan dengan adat dan resam ‘masyarakat timur’.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut siaran media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis selepas berkenan berangkat meluangkan masa singgah melawat pejabat operasi Belia Masjid Perlis (BMP) di Masjid Negeri Arau pada jumaat pagi.

Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda kedua, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Baginda merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut menzahirkan setinggi tahniah kepada Belia Masjid Perlis di atas segala aktiviti dan pencapaian mereka selama ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Penasihat BMP yang juga Imam Besar Negeri Perlis Sirajuddin Abdul Satar, Pengerusi BMP, Anaqei Zakwan Saifol Zairy serta kepimpinan tertinggi pertubuhan itu.

Anaqei Zakwan mempersembah maklumkan bahawa antara pencapaian utama BMP yang memegang slogan ‘Merintis Kemungkinan, Membawa Perubahan, Merencana Masa Depan Gemilang’ setakat ini adalah berjaya memperolehi ‘Sijil Pengiktirafan Penarafan 5 Bintang Pertubuhan Belia’ daripada Pendaftar Pertubuhan Belia Kementerian Belia dan Sukan selain turut aktif melaksanakan pelbagai aktiviti pembangunan manusia di seluruh negeri Perlis.

Pada kesempatan yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor yang turut hadir mengiringi baginda berdua amat berharap agar kepimpinan belia sentiasa mempertingkatkan ilmu dan keupayaan masing-masing selain sentiasa mementingkan integriti dalam segala urus tadbir mereka kerana merekalah tonggak harapan masa depan negeri dan negara. – SM

(Visited 285 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button