EkonomiNasional

CIMB Thai catat untung bersih 115.6 peratus separuh pertama 2020

CIMB Thai Group mencatatkan keuntungan bersih disatukan sebanyak THB 1.39 bilion (THB100 = RM13.45) untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun, 2020 yang naik sebanyak 115.6 peratus tahun ke tahun.

Peningkatan itu disebabkan pertumbuhan pendapatan operasi sebanyak 10.5 peratus, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Adisorn Sermchaiwong dalam kenyataan hari ini.

Bagi asas tahun ke tahun, pendapatan operasinya meningkat 10.5 peratus kepada THB7.93 bilion, manakala pendapatan faedah bersih naik 1.0 peratus didorong oleh segmen pinjaman sewa beli.

Sehingga 30 Jun, deposit, termasuk bil tukaran mata wang, debentur dan produk deposit berstruktur terpilih, naik 9.9 peratus kepada THB265.3 bilion dari 31 Dis, 2019.

Bagaimanapun, jumlah pinjaman kasar, termasuk pinjaman yang dijamin oleh bank lain dan pinjaman kepada institusi kewangan, merosot 0.3 peratus kepada THB241.3 bilion. – BERNAMA

(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button