Luar Negara

Indonesia catat kematian pertama pesakit positif COVID-19

JAKARTA, 11 Mac — Indonesia mencatatkan kematian pertama akibat koronavirus baharu (COVID-19).

Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, mangsa adalah seorang wanita warga asing, berusia 53 tahun, meninggal dunia sekitar jam 2 pagi tadi.

Mangsa, yang merupakan kes ke-25 positif COVID-19, turut mengidap pelbagai penyakit seperti diabetis dan penyakit paru-paru.

Bagaimanapun, Achmad menegaskan penyebab kematian pesakit itu bukanlah kerana virus berkenaan tetapi virus tersebut telah memburukkan lagi keadaan pesakit itu.

Butiran terperinci mengenai mangsa tidak didedahkan semasa pengumuman disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan dari Istana Presiden hari ini.

Setakat ini, 27 kes COVID-19 di laporkan di Indonesia.

— BERNAMA

 

(Visited 44 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button