Gajet

Peminat kandungan kreatif tak sabar nantikan kejutan dalam TikTok Awards

Buat julung kali, TikTok Awards yang sebelum ini mencipta fenomena di Vietnam, Indonesia, Filipina, Thailand, Jepun dan Brazil bakal diadakan di Malaysia pada Ogos depan, sekali gus menjadi platform mengiktiraf pencipta kandungan tanah air.

Pengumuman senarai calon bagi tujuh kategori People’s Choice, TikTok Awards MY 2023 bakal disiarkan secara ekslusif menerusi

program Melodi di TV3 dan ‘strim’ di @tiktok_malaysia pada Ahad ini bermula jam 12.30 tengah hari.

Lebih istimewa, TikTok Awards MY 2023 turut menampilkan enam pencipta kandungan TikTok popular iaitu Khairul Aming, Gaston Pong, Auntie Purple, Ceddy, Lawyer Gandhi dan Caryn.

Mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan profesion berkongsi mengenai perjalanan di TikTok yang turut menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Antara tujuh kategori People’s Choice yang dibuka untuk undian orang ramai di aplikasi TikTok dengan carian TikTok Awards bermula antara 15 Ogos hingga 26 Ogos depan adalah Rising Star of The Year; Celebrity Creator of the Year; Popular Creator of The Year; LIVE Creator of The Year; Creator of The Year; Popular Animation Account of The Year dan TikTok Shop Creator of The Year.

TikTok Awards ialah acara anugerah terbesar anjuran platform media sosial, TikTok untuk memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan luar biasa yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan bidang.

Mereka mempamerkan kreativiti melalui penghasilan kandungan yang menyeronokkan seterusnya memberikan impak positif kepada segenap lapisan masyarakat.

Untuk maklumat lanjut mengenai TikTok Awards MY 2023 dan pengumuman calon bagi kategori Judge’s Pick boleh ditonton menerusi penstriman secara langsung sidang media acara berkenaan di @tiktok_malaysia pada 15 Ogos depan bermula jam 8 malam.

(Visited 54 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button