fbpx
GajetUlasan

Tablet futuristik daripada Intel

APA ciri yang anda lihat apabila mahu membeli komputer riba? Satu daripadanya sudah tenty  spesifikasi skrin canggih di samping prestasi dalaman yang keterhadapan.

Jika itu menjadi idaman, inovasi baharu dari Intel ini mungkin boleh dipertimbangkan kerana ia pasti akan mengundang keterujaan dengan rekaan yang cukup sofistikated di samping nama unik.

Prototaip komputer riba yang diberi nama Horseshoe Bend. Ini bukan  gajet biasa-biasa, tetapi berupaya menawarkan skrin lebih luas.

Pada model ini, Intel berjaya memukau orang ramai dengan rekaan persis tablet unik tetapi mampu memberikan paparan skrin 17.3 inci, lebih lebar berbanding MacBook Pro yang hanya bersaiz 16 inci.

Satu lagi ciri hebatnya ialah jika mahu menaip, boleh menggunakan papan kekunci maya yang tersedia.

Apabila bercakap tentang kuasa, peranti ini dikuasakan dengan cip mudah alih, Tiger Lake selain skrin sesentuh OLED dalam mod landskap atau potrait.

Reka bentuknya mungkin sama seperti seperti telefon lipat lain seperti Samsung Galaxy Fold dan Huawei Mate X, tetapi lebih kepada tablet mini dengan saiz skrin lebih berbaloi.

Horseshoe Bend adalah produk kemuncak gabungan telefon, tablet dan juga komputer riba dengan spesifikasi futuristik.

“Dengan teknologi masa kini, ia mampu menawarkan sebuah komputer riba yang lebih canggih untuk menonton filem atau memudahkan kerja suntingan gambar dan video,” kata Pengarah Kejuruteraan Kanan Kumpulan Platform Pelanggan Intel itu.

Secanggih mana pun komputer riba itu, namun belum boleh dipasarkan lagi kerana masih dalam peringkat reka bentuk templat rujukan Intel untuk merintis teknologi baharu.

Show More
Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!