Nasional

Pelantikan Dato’ Sri Dr Haji Irmohizam sebagai Profesor Adjung UiTM

DATO’ Sri Dr Haji Irmohizam bin Ibrahim (Pengarah Urusan Kumpulan, World Trade Centre Kuala Lumpur) telah dilantik sebagai Profesor Adjung bagi Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa pada 1 September 2023.

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan telah diadakan di Ruang Legar AAGBS di UiTM Shah Alam pada pagi ini. Watikah telah disampaikan oleh Prof. Dr. Syed Jamal Abdul Nasir Syed Mohamad (Dekan, AAGBS UiTM).

Lantikan ini adalah satu penghormatan dan keistimewaan buat Dato’ Sri Dr Haji Irmohizam bin Ibrahim yang juga Alumni AAGBS, UiTM dalam Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) 2020. Perlantikan ini berpeluang untuk beliau menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan minda anak muda, dan membantu dalam membentuk generasi peneraju perniagaan seterusnya.

Berdasarkan latar belakang beliau yang luas dalam dunia Acara Perniagaan yang dinamik, beliau berhasrat untuk berkongsi pengetahuan dan pandangan praktikal, dunia sebenar, merapatkan jurang penting antara industri dan akademik.

“Pelantikan ini saya terima dengan rasa penuh tanggungjawab dan syukur. Saya sangat teruja untuk menyelami selok-belok dunia perniagaan, memupuk persekitaran pembelajaran dan inovasi.

Saya amat komited untuk menyumbang kepada institusi terkemuka ini, membimbing bakal pemimpin masa depan negara kita, dan mengekalkan warisan kecemerlangan yang diwakili oleh AAGBS” kata Dato’ Sri Dr Haji Irmohizam bin Ibrahim yang juga merupakan Rakyat Malaysia Pertama yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA) yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat.

Dato’ Sri Dr Haji Irmohizam bin Ibrahim juga akan memanfaatkan kemahiran kepemimpinan, pengalaman beliau yang luas, dan hubungan industri globalnya dalam sektor Acara Perniagaan untuk memperkayakan komuniti AAGBS. -SM

Baca : UPSI anjur sambutan Pink Oktober tekankan penjagaan kesihatan

(Visited 54 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button