Nasionalpilihan

Pelajar SMK Munshi Abdullah laksana PdPR

Insiden sekolah dibadai angin kencang Sabtu lalu

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, Batu Berendam di sini yang rosak teruk dibadai angin kencang Sabtu lalu akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, sesi PdPR itu akan dilakukan secara penggiliran melibatkan pelajar tingkatan satu hingga empat.

Rahmad Mariman.

Menurutnya, sesi pembelajaran secara bersemuka dikhususkan bagi pelajar tingkatan lima dan enam yang akan berhadapan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Walaupun sebahagian bangunan sekolah tidak boleh digunakan namun sesi pembelajaran secara bersemuka dan PdPR akan kita laksanakan.

“Kejadian ribut yang melanda SMK Munshi Abdullah menyebabkan bangunan utama rosak teruk manakala beberapa blok bangunan lain pula mengalami kerosakan kecil.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang membuat penilaian kerosakan dan pembaikan yang akan dilakukan,” ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.40 petang Sabtu lalu, hampir keseluruhan tujuh blok sekolah itu mengalami kerosakan dibadai angin kuat yang dikatakan seperti puting beliung.

Paling teruk apabila kesemua bumbung di blok C yang menempatkan lapan kelas, satu bilik guru dan pejabat tercabut sehingga menampakkan rangka kayu siling.

“Kaedah pembelajaran yang dilakukan secara penggiliran dan keberkesanan langkah tersebut akan diteliti dari masa ke semasa,” ujarnya.

Katanya, untuk minggu ini, pembelajaran secara bersemuka hanya melibatkan pelajar tingkatan empat, lima dan enam. – SM

 

(Visited 34 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button