Hiburan

Muat naik gambar seksi, apa dah jadi dengan Nonny Nadirah?

Tindakan pelakon berhijab, Nonny Nadirah yang memadamkam semua gambarnya di laman sosial menjadi persoalan netizen.

Tambah menjadi tanda tanya, Nonny turut memuat naik sekeping video yang memaparkan seorang wanita berpakaian seksi dengan muka yang terlindung.

Turut disertakan dalam kapsyen video tersebut ialah ‘it’s good to be back’. Seolah-olah memberitahu yang dia kini sudah kembali.

Tidak dapat disahkan sama ada wanita berpakaian seksi itu ialah Nonny atau sebaliknya. Namun, perkara itu telah mendapat respom daripada rakannya yang juga penyanyi, Mila Jirin.

Mila telah memuat naik sekeping video ketika dia dan Nonny sama-sama mengerjakan umrah beberapa tahun yang lalu.

Malah, Mila turut memberitahu yang dia sempat berhubung dengan Nonny selepas melihat gambar wanita seksi itu.

Menurut penyanyi dan usahawan itu, dia berharap supaya Nonny tidak mensia-diakan hidayah Allah dan terus kuat melawan godaan syaitan.

Nonny atau sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin tampil bertudung sejak pulang daripada mengerjakan umrah pada Januari 2019.

Pada tahun lalu, dia juga memberitahu yang perancangannya untuk berkahwin dengan pelakon, Niezam Zaidi terpasa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. -SM

 

(Visited 2,338 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button