Nasional

Peguam Team #JusticeForBella Dedah Lapan ‘Serangan’ Team Siti Bainun

Hari ini kes perbicaraan adik Bella diteruskan lagi dan majoriti rakyat Malaysia berdoa agar kemenangan berpihak kepada team #justiceforbella.

Hal ini demikian kerana salah seorang peguam daripada team #justiceforbella, Mahmud Jumaat mendedahkan team Siti Bainun banyak membuat ‘serangan’.

Dalam tempoh 10 bulan team #justiceforbella berjuang demi keadilan terhadap adik Bella, diakui banyak dugaan serta cabaran yang terpaksa dihadapi.

“Pihak di sebelah sana (team Siti Bainun) dilihat sangat aggresif dan meneliti setiap tingkah laku team #justiceforbella.

“Pantang ada peluang sikit disaman, pantang sikit surat tuntutan, pantang sikit repot polis dan pantang sikit akan mengadu perkara tersebut kepada pihak mahkamah untuk diambil tindakan,” ujarnya.

Mahmud berkata demikian dalam satu perkongsiannya menerusi Facebook dan pendedahannya mengenai ‘serangan’ daripada team Siti Bainun agak mengejutkan.

Baca Juga > Awal Ashaari Bersuara Tentang Perangai Hafidzah

(1) Laporan polis pernah dibuat ke atas Aliff Ahmad oleh peguambela tertuduh atas kenyataan beliau berkenaan dengan kes ini. Saya (Mahmud Jumaat) sendiri telah menemani Aliff Ahmad ke Balai Polis untuk memberi keterangan. Alhamdulillah, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berpuas hati dengan keterangan beliau dan bersetuju bahawa laporan polis tersebut adalah tidak berasas dan tiada unsur jenayah.

(2) Laporan polis juga pernah dibuat ke atas Mona Din, Aliff Ahmad (sekali lagi) dan Fdaus Ahmad kerana meviralkan gambar Bella dalam media sosial. Alhamdulillah hingga ke hari ini, tiada pertuduhan dibuat ke atas mereka.

(3) Mona Din dan Zurianty Sudin pernah menerima surat tuntutan daripada peguambela tertuduh akibat perbuatan meviralkan kes Bella dalam media sosial namun perjuangan tetap diteruskan.

(4) Mona Din dan Aliff Ahmad telah menerima surat notis tunjuk sebab dari peguamcara tertuduh mengkehendaki mereka memberi penjelasan mengapa mereka tidak patut dikomitkan ke penjara atau denda kerana tindakan penghinaan terhadap mahkamah;

(5) Mona Din dan Alif Ahmad juga telah dihadapkan ke mahkamah bagi mendengar permohonan komital tertuduh kerana dituduh menghina mahkamah (subjudise) di Mahkamah Sesyen disebabkan kononnya telah membuat terbitan yang mengganggu pentadbiran keadilan dan menghina Mahkamah.

Aliff Ahmad pernah berkata kepada saya, “Mud, aku masuk penjara pun tak ada hal ah kalau ini adalah pengorbanan yang aku perlu bayar kerana berjuang untuk adik Bella.

Jawab saya (Mahmud Jumaat), “Dont worry bro i have your back. Allah SWT bersama orang yang teranaiya. Ko relax jer”.

Alhamdulillah permohonan komital tersebut telah ditolak selepas mendengar hujahan bertulis berlandaskan kepada afidavit jawapan yang difailkan oleh firma guaman saya Tetuan Emir Mahmud & Co mewakili Aliff Ahmad dan Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co mewakili Mona Din, Mahkamah memutuskan kenyataan tersebut tidak dikira sebagai sub-judice atau menghina mahkamah.

(6) Pihak Aliff Ahmad yang diwakili oleh Tetuan Emir Mahmud & Co dan Co-counsel Bani Prakash telah disaman fitnah oleh dua orang peguambela-peguambela tertuduh kerana kononnya telah memfitnah mereka dan kes ini masih dalam perbicaraan.

(7) Dalam tindakan saman fitnah yang sama, pihak peguambela-peguambela tertuduh tersebut juga telah membuat permohonan injunsi antaranya untuk menghalang Aliff Ahmad daripada membuat sebarang kenyataan berunsur fitnah tentang peguambela mereka.

Alhamdulillah pihak Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi telah berpuas hati dengan hujahan pihak kami dan menolak permohonan injunsi peguambela tertuduh tersebut dengan kos sebanyak RM8k yang perlu dibayar oleh peguambela-peguambela Tertuduh kepada Aliff Ahmad.

(8) Pada jumaat lepas, sebaik sahaja pihak Mona Din telah secara khilaf menangkap gambar dalam mahkamah sebelum prosiding belum bermula, pihak peguambela-peguambela tertuduh telah dengan pantas membuat aduan kepada mahkamah untuk menegur tindakan Mona Din.

Dengan lapan tindakan peguambela-peguambela Tertuduh, saya percaya, pihak peguambela-peguambela tertuduh telah menjalankan amanah mereka dengan cemerlang dalam melindungi kepentingan anakguamnya (walaupun dikatakan perkhidmatan guaman tersebut diberikan dengan percuma!).

Besar harapan team #justiceforbella agar pihak pendakwaraya untuk melakukan perkara yang sama dalam melindungi kepentingan saksi-saksi dan juga mangsa dalam kes ini.

Kami rakyat Malaysia ingin melihat apakah tindakan pendakwaraya terhadap tindakan peguambela Tertuduh yang memviralkan soal jawab ketika sesi pemeriksaan balas dalam mahkamah memandangkan ianya jelas adalah satu tindakan subjudice dan menghina mahkamah.

(Visited 14,800 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button