NasionalRencah Hidup

Pasangan suami isteri teruskan perniagaan ketika PKP membanggakan

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menzahirkan rasa bangga dengan semangat dan kecekalan sepasang suami isteri.

Mereka adalah, Mohamad Zain Solihin dan Siti Zubaidah Muhammad yang  masih berupaya meneruskan perniagaan serta mengekalkan pekerja mereka.

Mereka masih mampu meneruskan perniagaan walaupun mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, melalui lawatannya ke syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) milik pasangan berkenaan di Bukit Gambir, Muar iaitu De Muara Enterprise.

Beliau turut dapat menyaksikan bagaimana perniagaan itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan

BACA > Singapura, Malaysia setuju buka pintu sempadan — Suara Merdeka

“Saya sendiri perlu menjalani saringan gejala seperti mengambil suhu badan dan memakai apron pakai buang sebelum memasuki premis perniagaan mereka.

“Inilah normal baharu kehidupan yang mesti kita biasakan dan sesuaikan dalam aktiviti harian kita semua,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya.

Beliau, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir turut mendoakan agar perniagaan De Muara Enterprise dan syarikat-syarikat IKS lain terus maju.

Pada awal pagi hari ini, Muhyiddin, yang meluangkan masa kira-kira 30 minit pada lawatan itu, mendengar penerangan mengenai operasi syarikat De Muara Enterprise.

Mereka menghasilkan pes masakan seperti asam pedas dan mee bandung.

Ini kali pertama Perdana Menteri, yang juga Ahli Parlimen Pagoh, pulang ke kawasannya sejak PKP dan kelonggaran merentas negeri diberikan.

Beliau juga menghadiri beberapa majlis lain antaranya Majlis Bertemu Pemimpin bersama pemimpin masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.

BACA > Burung murai kampung bernilai setengah juta ringgit diseludup — Suara Merdeka

Selain itu, Muhyiddin turut meninjau Masjid Haji Muhammad Yassin, Pagoh dan mengadakan perjumpaan bersama Pemimpin Masyarakat Parlimen Pagoh. – BERNAMA

(Visited 128 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button