Luar Negara

Singapura, Malaysia setuju buka pintu sempadan

SINGAPURA setuju benarkan pintu sempadan dibukat bagi rakyat yang bekerja di negaranya dan Malaysia selepas lebih tiga bulan ditutup.

Perdana Menterinya, Lee Hsien Long memaklumkan, perbincangan mengenai hal demikian diadakan menerusi panggilan telefon dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Berdasarkan perbualan tersebut, kedua-dua negara bersetuju untuk mewujudkan Laluan Hijau Bersama (RGL) dan Aturan Pergerakan Berjadual (PCA) bagi membezakan kumpulan perentas.

Untuk RGL, laluan tersebut akan memudahkan pergerakan pengunjung bagi tujuan perniagaan atau urusan rasmi.

Bagaimanapun, pengunjung perlu mematuhi kaedah-kaedah pencegahan wabak Koronavirus (Covid-19) berdasarkan panduan kesihatan awam.

BACA > Penguatkuasa, ‘runner’ ditahan minta wang perlindungan — Suara Merdeka

Namun, perkara itu masih lagi dalam perbincangan dalam kedua-dua negara bagi mencari kaedah paling mudah ketika berurusan di pintu sempadan.

“PCA akan membenarkan rakyat Malaysia dan Singapura pemegang pas imigresen jangka panjang bergerak merentas semapadan.

bagi tujuan perniagaan dan pekerjaan di negara asing untuk pulang bagi tempoh yang singkat.

“Mereka akan dibenarkan pulang selepas berada di negara bekerja sekurang-kurangnya tiga bulan.

“Kemudian mereka akan dibenarkan untuk masuk semula ke negara bekerja selepas pulang bercuti dari negara asal.”

Demikian kenyataan Kementerian Luar Singapura dalam memastikan pergerakan pengunjung yang rata-ratanya atas tujuan bekerja.

BACA > Burung murai kampung bernilai setengah juta ringgit diseludup — Suara Merdeka

Menurut Hsien Long, ini adalah komitmen yang ditunjukkan antara kedua-dua negara dalam membenarkan pekerja yang merentas sempadan.

Lapor portal Channel News Asia (CNA) kedua-dua Perdana Menteri itu bersetuju dengan kaedah pematuhan panduan kesihatan awam masing-masing.

Malah Muhyiddin dan Hsien Long dilapor akan memastikan pihak berkuasa di negara masing-masing bekerja dengan pantas bagi melancarkan pergerakan di pintu sempadan.

Justeru, perbincangan lanjut akan diteruskan bagi meningkatkan keupayaan pergerakan di pintu sempadan dan memastikan kestabilan kedua-dua negara daripada pandemik Covid-19.

Sebelum ini, pintu sempadan negara di Tambak dan Tanjung Kupang, Johor Bahru merupakan laluan bagi 250,000 rakyat Malaysua yang bekerja di Singapura.

BACA > Ukraine mohon bantuan EU dan Nato — Suara Merdeka

Laluan berkenaan kemudian ditutup ketika pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu. – SM

(Visited 524 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button