Nasional

Burung murai kampung bernilai setengah juta ringgit diseludup

NIAT untuk mengaut keuntungan mudah dengan menyeludup burung Murai akhirnya membawa pada selepas aktiviti itu berjaya dikesan polis.
Seorang lelaki tempatan bersama tiga lelaki warga Indonesia yang kesemuanya berusia lingkungan 43 hingga 66 tahun ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Melaka awal pagi tadi.
Timbalan Komander PPM W2, Superintenden Noor Azman Jamal berkata, kesemua suspek disyaki dalam perjalanan untuk membawa burung murai untuk diseludup ke negara jiran.
BURUNG MURAI
“Serbuan yang dilakukan oleh anggota botronda PSC 30 dan PSC 37 hasil dari maklumat Swasla Lumut dan telah berjaya menahan dua buah bot di kawasan perairan Pulau Besar Melaka.
“Hasil pemeriksaaan yang dijalankan berjaya menemukan sejumlah 188 raga masing-masing berisi burung jenis murai kampung yang dianggarkan berjumlah RM 500,000.00,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, turut dirampas ialah dua buah bot fiber dan 3 unit enjin sangkut yang digunakan suspek yang dianggarkan berharga RM 137,00.00.
BACA> Penguatkuasa, ‘runner’ ditahan minta wang perlindungan
Jelasnya, anggaran jumlah rampasan burung, bot dan enjin berjumlah RM 637,000.00.
Tambahnya, tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Tektikal PPM W2 Melaka untuk proses dokumentasi dan kes disiasat di bawah Seksyen 13b Akta Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia 2011 (MAQIS) serta Akta Imigresen 1959/63. -SM
(Visited 437 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button