Nasional

Pamerkan Tanda Sokongan, I-Kaseh Kesal Wujudnya Pihak Yang Ingin Gulingkan Kerajaan PN

Persatuan Kebajikan Masyarakat Insani Kaseh Negeri Johor (I-Kaseh) mezahirkan keyakinan dan terus menyokong penuh Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Mahiaddin Mohd. Yasin.

Dalam masa sama, I-Kaseh mengutuk sekeras-kerasnya dan berasa kesal atas usaha pihak tertentu yang ingin menggulingkan Kerajaan Perikatan Nasional.

Yang Dipertuanya, Zuriani Tahir berasa amat kecewa dengan permainan politik yang mementingkan kedudukan berbanding keselamatan dan ekonomi rakyat yang terkesan akibat daripada situasi Pandemik Covid19.

Ujarnya, setiap rakyat Malaysia harus berdoa agar keadaan kembali pulih dan semua mangsa yang terjejas berpeluang menikmati kehidupan yang lebih baik selepas ini.

“Marilah kita bersama-sama tanpa mengenal bangsa dan agama terus bersatu padu untuk berdoa agar semua rakyat Malaysia terselamat dan dilindungi daripada pandemik COVID-19 ini.


“Semoga usaha ini dapat membantu kerajaan dan negara dalam menghadapi ancaman bahana COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan.

(Visited 45 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button