NasionalRencah Hidup

Pau 50 sen sebiji, mana nak dapat

“Biar betik (betul)! Pau 5 kupang (50 sen) sebiji.”

Begitulah kata-kata yang terkeluar dari mulut orang ramai yang seakan-akan tidak percaya dengan harga sebiji pau yang dijual Nurul Suriani Amran, 26, di gerainya di tepi jalan di Taman Malcop, Silibin dekat Ipoh.

Ketika ditemui Perak Gazette https://perakgazette.com/, wanita yang mesra disapa dengan Sue itu berkata, dia mengambil keputusan menjual pau dengan harga 50 sen itu atas beberapa faktor termasuk mahu orang ramai membelinya dengan harga yang murah selain sedikit kelainan berbanding pau biasa.

“Saiznya kecil berbanding pau biasa di pasaran namun semua orang mampu membelinya.

“Uniknya pau ini saya membuatnya dengan pelbagai warna dan perisa termasuk strawberi, blueberry, daging bolognes dan cabonara selain perisa sedia ada seperti ayam, kaya serta kelapa,” katanya.

Tambah Nurul Suriani, dia mahu membuktikan dirinya juga mampu untuk menjalankan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan.

“Sebelum ini saya bekerja makan gaji. Sekarang saya mencabar diri mahu buktikan saya juga mampu berniaga dan alhamdulillah kini dah lebih tiga bulan saya menjual pau ini.

“Selain pau yang siap dimakan, saya turut menjual pau sejuk beku dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Gerai pau 50 sen ini dibuka setiap hari kecuali Isnin bermula 4 petang hingga 10 malam.

Orang ramai yang berminat untuk merasai sendiri pau 50 sen boleh datang ke gerai di Taman Malcop, Silibin berdekatan dengan KFC atau hubungi 011-1149 6941 untuk tempahan. – Perak Gazette

(Visited 641 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button