NasionalNegeri

Raja Muda sempurnakan Apresiasi Perkhidmatan Terpilih dan Keterampilan Jabatan, Agensi Bersama MAIPs

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar pada Majlis Apresiasi Perkhidmatan Terpilih Dan Keterampilan Jabatan Dan Agensi Bersama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Tahun 2023 di Kampung Wai, Kuala Perlis.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Apresiasi Perkhidmatan Terpilih Dan Keterampilan Jabatan Dan Agensi Bersama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Tahun 2023 di Kampung Wai, Kuala Perlis.

Berangkat sama ke majlis bertemakan pakaian ‘ala orang Mexico’ itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap yang DiPertua MAIPs berkenan mengurniakan Anugerah Perkhidmatan Terpilih bagi MAIPs kepada Suhaimi Nordin dan Ahmad Shafiq Ahmad Mustafa Khalili, dari JAIPs, Muhammad Hafeez Abu Seman, Mohammad Isyraf Ishak dan Azrul Shahid Ahmad serta Jabatan Mufti Negeri Perlis kepada Shahril Mohd Shukri.

Penerima dari JKSNPs pula adalah Yusof Abd Manaf, Mohd Irwan Ismail dan Mohd Faisol Midoad Zakaria. Manakala dari Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis pula adalah Ismail Hashim.

Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah pula berkenan menyerahkan Anugerah Perkhidmatan Terpilih MAIPs kepada Halina Abd Wahid dan Nor Fartima Mohd Noor, dari Jabatan Mufti Negeri Perlis, Nor Faezah Hassan dan Siti Sarah Saidin, serta Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Faizah Ahmad serta Maziah Mansor.

Turut berlangsung sama adalah Penyampaian Anugerah Keterampilan MAIPs, JAIPs, Jabatan Mufti Negeri Perlis, JKSNPs dan juga Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis yang melibatkan seramai 20 penerima yang disampaikan oleh ketua jabatan masing-masing.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, sebagai Muslim, penganutnya diwajibkan memegang amanah menurut ‘Maqasid Syariah’ dengan baik dan mengambil tanggungjawab dengan adil. Dunia pekerjaan mengajarkan setiap insan untuk berlaku jujur, bertanggungjawab, dan mematuhi prinsip etika dalam tindakan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah pada Majlis Apresiasi Perkhidmatan Terpilih Dan Keterampilan Jabatan Dan Agensi Bersama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Tahun 2023 di Kampung Wai, Kuala Perlis.

Baginda bertitah, pekerjaan merupakan satu bentuk ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT.

Ketahuilah bahawa setiap pekerja merupakan pemegang amanah yang cukup besar, jadi individu perlu tahu mengapa memilih kerjaya tertentu, dan apa yang dipertanggungjawabkan oleh organisasi untuk memegang jawatan masing-masing.

“Tanpa mengira pangkat, laksanakanlah yang terbaik mengikut apa yang termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan sekadar jawatan dan gaji, tetapi Amanah.

Buatlah kerana Allah dan ketahuilah bahawa Allah sentiasa Melihat dan menyayangi mereka yang benar-benar ikhlas”, titah Tuanku Raja Muda lagi.

Majlis ini telah dianjurkan oleh MAIPs bersama-sams dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) dan Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan anugerah pada salah seorang penerima pada Majlis Apresiasi Perkhidmatan Terpilih Dan Keterampilan Jabatan Dan Agensi Bersama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Tahun 2023 di Kampung Wai, Kuala Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Terpilih (APT) Dan Anugerah Keterampilan Agensi Di Bawah MAIPs Bagi Tahun 2023 dengan harapan agar prestasi cemerlang, usaha dan komitmen padu para penerima bagi mengekalkan momentum penghasilan kerja yang bermutu, berkualiti, produktif dan progresif serta berterusan. – SM

BACA Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis berkenan ke apresiasi Pameran Rahsia Kebaya

(Visited 48 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button