Ekonomi

Palabur asing bawa keluar dana dari Bursa Malaysia RM198 juta

Malaysia merupakan negara ketiga terbesar mencatatkan kerugian dalam seminggu yang menyaksikan aliran keluar oleh pelabur asing sebanyak AS$342.9 juta daripada pasaran ASEAN.

Dalam tempoh lima hari hingga 12 Mei, pelabur asing menjual AS$46.4 juta kepentingan mereka di Bursa Malaysia, menurut MIDF Research, melanjutkan aliran keluar dana asing kepada minggu keempatnya.

Memetil laporan Bernama, Indonesia mencatatkan kerugian terbesar minggu ini, menyaksikan AS$139.6 juta meninggalkan pasarannya, dan Thailand seterusnya, mencatatkan aliran keluar bersih asing sebanyak AS$138.3 juta. Ini juga merupakan kerugian minggu keempat berturut-turut.

“Filipina mencatat aliran keluar asing bersih sebanyak AS$12.4 juta dan Vietnam mencatatkan aliran keluar asing bersih pada AS$6.2 juta untuk minggu kedua berturut-turut,” kata MIDF dalam nota hari ini.

Malaysia sebenarnya memulakan minggu ini dengan baik, menyaksikan aliran masuk asing bersih sebanyak RM9.5 juta pada hari Isnin dan RM81.8 juta lagi pada hari Selasa.

Bagaimanapun, ia bertukar arah pada hari Rabu dan menjelang Jumaat, aliran keluar telah mencecah RM137.6 juta.

MIDF menyatakan bahawa dana asing telah menjadi penjual bersih ekuiti Malaysia selama 13 daripada 19 minggu tahun ini dengan aliran keluar berjumlah RM2.18 bilion.

“Tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran masuk asing bersih ialah telekomunikasi dan media (RM62.9 juta), utiliti (RM26.4 juta) dan perladangan (RM12.1 juta).

“Tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran keluar bersih asing ialah perkhidmatan kewangan (RM84.5 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (RM32.6 juta) dan pembinaan (RM17.6 juta),” katanya. – SM

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button