Ekonomi

Datuk Seri Dr Chen Chaw Min pengerusi baharu MGRC

MALAYSIAN Genomics Resource Centre Berhad (MGRC) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif.

Pakar genomik dan biofarmaseuktikal terkemuka itu berkata, pelantikan itu berkuat kuasa 15 Julai 2022, berikutan peletakan jawatan Tan Sri Ahmad bin Mohd Don pada 12 Julai 2022.

Dr. Chen, yang dilantik ke Lembaga Pengarah pada 3 Ogos 2021, berkhidmat di dalam perkhidmatan awam Malaysia dari 1988 sehingga bersara pada Februari 2021. Beliau merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) dari Julai 2015 sehingga bersara dan pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatan di Kementerian Kewangan (MOF) dari 1990 hingga 2014.

“Saya berasa bertuah untuk mengambil peranan ini pada masa yang begitu menggembirakan untuk Malaysian Genomic. Kumpulan kini berkembang melangkaui genomik dan biofarmaseutikal ke arah perkhidmatan penjagaan kesihatan di samping meluaskan jangkauannya ke seluruh Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika Utara. Terdapat pasukan yang hebat di MGRC dan saya berharap pengalaman saya dalam kedua-dua KKM dan MOF akan dapat menambah pengetahuan dan pandangan untuk menyokong pertumbuhan Syarikat.” kata Dr Chen dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif MGRC, Datuk Alvin Joseph berkata, pihaknya mengalu-alukan Dr. Chen sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah dan berharap dapat bekerjasama dengan beliau dalam memastikan tadbir urus yang betul bagi operasi perniagaan MGRC.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Ahmad bin Mohd Don atas sumbangan dan bimbingan yang tidak ternilai kepada Lembaga Pengarah dalam melaksanakan tugasnya. Kami mendoakan yang terbaik untuk beliau dalam usaha masa depannya.”

Dato’ Seri Dr. Chen memperoleh ijazah kedoktoran dalam bidang kewangan dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2005. Beliau menerima MBA (Kewangan) dari University of Illinois pada tahun 1997, dan Sarjana Muda dalam Ukur dari Universiti Teknologi, Malaysia, pada tahun 1985.

(Visited 355 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button