Nasional

Orang Asli perlukan sistem perlindungan sosial segera

MASYARAKAT Orang Asli memerlukan sistem perlindungan sosial dengan segera bagi mengharungi keadaan cuaca yang tidak menentu dan juga kehilangan pendapatan.

AHLI Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, Orang Asli telah hidup dalam kemiskinan struktur selama beberapa dekad malah pandemik Covid-19 dan banjir baru-baru ini telah memiskinkan masyarakat dan kebanyakan mereka bertahan dengan gaji harian menangkap ikan.

Tambahnya, rumah mereka telah rosak teruk dan mereka mengalami kerugian besar lain yang dianggarkan sekurang-kuranya RM4,000 bagi setiap isi rumah.

“Pendekatan baharu ialah meminta kerajaan menyediakan gaji minimum RM1,200, menyediakan sistem perlindungan sosial dan mekanisme keselamatan yang boleh diakses oleh masyarakat.

“Kami telah melayan Orang Asli seperti sub-manusia selama beberapa dekad dan sudah tiba masanya untuk mengubah realiti ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Santiago berkata, ramai keluarga Orang Asli mempunyai anak yang sukar ditanggung oleh mereka.

“Oleh itu, mereka akhirnya meminjam wang atau barangan daripada saudara mereka di kawasan kejiranan, termasuk tuala wanita kerana kemiskinan haid, susu tepung dan makanan kering,” katanya.

Beliau berkata Orang Asli yang merupakan nelayan bekerja sendiri dan tidak melanggan Perkeso dan KWSP.

Dilaporkan pada 24 Disember bahawa penduduk kampung Orang Asli yang terkandas akibat banjir di Selangor, Kedah dan Kelantan memerlukan makanan dan keperluan lain.

Penyelaras Pusat Keprihatinan Orang Asli, Colin Nicholas berkata 14 perkampungan Orang Asli di Selangor telah ditenggalami air banjir dan penduduknya juga memerlukan bantuan.

Di Kampung Jeram, Kedah, banjir telah menjejaskan 387 penduduk kampung Orang Asli dan mereka telah berpindah ke kawasan yang lebih tinggi. – SM

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button