Luar Negara

New Zealand bakal dapat PM baharu

RAKYAT New Zealand akan bertukar Perdana Menteri lagi. Ini ekoran Jacinda Ardern mengumumkan akan meletak jawatan menjelang 7 Februari depan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Ardern membuat pengumuman mengejutkan itu semasa sidang media pertamanya bagi 2023, hari ini.

“Kami memberikan semuanya selagi kami mampu dan bagi saya, sudah tiba masanya meletak jawatan,” katanya.

Peletakan jawatan Ardern berkuat kuasa selepas pelantikan perdana menteri baharu.

Undian kaukus untuk memilih pemimpin baharu Parti Buruh akan berlangsung pada Sabtu ini.

Ardern dilantik sebagai perdana menteri pada 2017 ketika berusia 37 tahun dan beliau merupakan wanita termuda di dunia yang memimpin kerajaan.

Beliau juga mengumumkan pemilihan tahun ini akan diadakan pada 14 Oktober. – SM

 

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button