Nasional

Optimum kreativiti guru bangun kemenjadian murid MBPK

SEMINAR Kajian Tindakan dan  Amalan Terbaik Pendidikan Khas (SMART) 2023  mampu menjadi platform untuk guru pendidikan khas memperlihatkan amalan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di bilik darjah yang diaplikasi dalam usaha membantu Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)  menguasai pembelajaran.
Seminar anjuran Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berlangsung di Kampus Sultan Azlan Shah Khamis lalu itu dirasmikan Focal Person Penggerak Ibu Bapa, Komuniti, dan Swasta (PIBKS), Datuk Ruslee  Hashim.
Ruslee (tengah) menyampaikan sijil penghargaan sebagai pembentang terbaik kepada Cikgu Mohd Rino Mohd Johari (kanan) dari Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.
Beliau berkata seminar ini selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 sekali gus menjadi  cetusan idea, kreativiti dan inovasi diaplikasikan bagi mengoptimumkan potensi guru sekali gus membangunkan kemenjadian murid.
“Program ini dapat membina keyakinan  guru untuk terus melaksanakan kajian tindakan demi kecemerlangan murid di sekolah selain menambah ilmu pengetahuan baharu daripada pembentangan amalan terbaik yang dikongsi bersama-sama dalam seminar ini.
Ruslee bersama Dekan Fakulti Pembangunan Manusia , Profesor Madya Dr. Abdul Talib dan guru bergambar selepas seminar selesai.
Belau berkata Murid Berkeperluan Pendidikan Khas(MBPK) perlu diberi peluang dan ruang menunjukkan tahap keupayaan merekabagi menyumbang keupayaan diri dan kemahiran sedia  ada dalam pembangunan pendidikan negara.
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid Hulu Selangor,  Rosli Sulaiman berkata  seramai 88 pembentang terdiri daripada peserta Negeri Selangor, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak, iaitu kalangan  pengetua, guru besar, pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) , guru,  mahasiswa UPSI dan mahasiswa dari Nigeria . Pembentangan adalah secara bersemuka dan dalam talian.
Beliau berkata MBPK memerlukan pendekatan pembelajaran yang khusus berdasarkan ketidakupayaan mereka dan kesetaraan pendidikan seperti  murid-murid di aliran perdana merujuk kepada Akta Orang Kurang Upaya (2008).
Dekan Fakulti Pembangunan Manusia,Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Mdya Dr. Abdul Talib  Mohamed Hashim berkata UPSI menyambut baik kerjasama yang terjalin dalam menjayakan SMART 2023.
“Murid  MBPK perlu diberi peluang menggilap potensi diri seperti murid aliran perdana juga agar kemenjadian murid tercapai,” katanya.
Tarian tradisional menjadi penyeri
Seramai 10 pembentang kertas kerja terbaik disampaikan  Nazariahi Md Isa , guru Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh; Dhora  Dabal (Sekolah Kebangsaan Blok 31 Tawau Sabah, Tawau, Sabah);  Nuraimi Nadirah  Rohim @ Rahim, Nor Ashikin  Saleh @ Md Ghazali, Rusnidaa Mat Husin  ( SK Taman Melawati 2, Taman Melawati, Kuala Lumpur); Rohana  Adam, Wan Mu’Adzam Wan Abidin ( SK Klang, Klang, Selangor. ); Zuraidah  Ibrahim (SMK Sungai Ramal, Kajang, Selangor);  Mohd Rino Mohd Johari ( SK Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.);  Fatin Fadwana  Mhd Safingi ( SMK Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur); Siti Nor Idayu  Mohd Nassir, Ramlan Pit, Norasikin Mohamad Noah (SMK Munshi Sulaiman, Batu Pahat, Johor); Che Hamdan Che Zain ( SK Bandar Sungai Buaya, Rawang,  Selangor.) serta Noor Liana  Rosli ( SK Jeram Batu 20, Kuala Selangor, Selangor.
Majlis diserikan persembahan tarian tradisional oleh kumpulan Lantera Gemalai Tari dan  Cendera Aduka dari Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung. -SM
(Visited 22 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button