Politik

Musa tidak dibenarkan lalu ke Istana Negeri

BEKAS ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang mendakwa mempunyai cukup majoriti untuk membentuk Kerajaan Negeri ditahan daripada memasuki laluan ke di Istana Negeri.

Memetik laporan FMT, rombongan lebih 10 kenderaan itu ditahan di sekatan polis berhampiran Bulatan Nanas di Jalan Istana pada kira-kira 3.50 petang.

Musa hari ini menegaskan bahawa beliau layak dilantik menjadi ketua menteri negeri itu yang baru menggantikan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Dalam klip video sidang medianya yang dimuat naik di Facebook, Musa berkata Yang Di-Pertua Negeri mempunyai tanggungjawab untuk mempertimbangkan sama ada dia mempunyai majoriti atau tidak.

“Saya layak dilantik TYT (Yang Di-Pertua) untuk jadi ketua menteri Sabah kerana mempunyai sokongan majoriti.

“TYT mempunyai tanggungjawab di bawah Perlembagaan sama ada saya mempunyai majoriti untuk menubuhkan suatu kerajaan baru untuk Sabah,” katanya dalam klip video yang dimuat naik di Facebook Sabah See Hua Daily News.

Bernama melaporkan bahawa Musa mendakwa mempunyai majoriti tipis dengan sokongan 33 Adun.-SM

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button