Teater

‘Empat Perempuan Dari Satu’ bakal dipentaskan ke Indonesia

Silang budaya Malaysia-Indonesia

Bagi menyemarakkan hubungan seni antara Malaysia dan Indonesia, Tepak Tellaz tidak melepaskan peluang menyertai Jelajah Silang Budaya Malaysia – Indonesia 2023.

Tepak Tellaz akan menjelajah Banten, Jogjakarta serta Bali dan mengangkat naskah Empat Perempuan Dari Satu karya Sarina Aziz, yang juga merupakan pengarah teater.

Menariknya tentang naskah tersebut, ia bukan sahaja akan dipersembahkan Anissa Azis dari Malaysia malah Alvin Y dari Indonesia turut memainkan peranan.

Ujar Sarina, Tepak Tellaz bukan hanya ke Indonesia untuk mementaskan monodrama sebaliknya turut berkongsi perkembangan seni dan budaya Malaysia.

“Kita akan berkongsi ilmu dan pengalaman tentang dunia seni dan budaya Malaysia kepada kepada beberapa kumpulan kebudayaan serta para pelajar tempatan.

“Kesemua acara yang dirancang ini adalah kesinambungan daripada program Aspirasi Silang Budaya Indonesia-Malaysia yang pernah dianjurkan September lalu di Kuala Lumpur,” katanya.

Terdahulu, Tepak Tellaz telah pun menjalinkan kerjasama dengan persatuan teater Gates sejak 2018 dan diteruskan menerusi pementasan teater ASTAPATI.

Silang Budaya Indonesia-Malaysia

Bagi Sarina, program yang dianjurkan merupakan inisiatif Tepak Tellaz bagi mengukuhkan jalinan kerjasama bersama persatuan teater Gates dari Indonesia yang sudah terjalin sejak 2018.

“Tepak tellaz akan dibawa ke tempat kesenian yang aktif di tengah-tengah kota masyarakat dan melawat perkampungan kebudayaan di Banten.

“Selain melancong, ia bertujuan bagi mengenali suku kaum Baduy agar wakil Malaysia dapat mengenali lebih dekat suku kaum tersebut dalam lingkungan setempat,” katanya.

Proses Berlaku Dengan Cepat, Anissa Azis Teruja

Bagi pelakon utama, Anissa Azis yang merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia, dia cukup teruja untuk membawakan naskah ini dan bekerjsama dengan aktor dari Indonesia.

Jelas Pelakon Wanita Terbaik-BOH Camaronian Arts Award 2023 ini, penglibatannya bukan sahaja sebagai pelakon, malah bertindak sebagai wakil dari sekolah lakonan.

Anissa Azis, menjalani latihan

“Sebenarnya saya tidak jangkakan program ini akan berlaku cepat. Saya ingatkan pada tahun hadapan namun kita banyak dapat sokongan. Tuan rumah juga mengalu-alukan kedatangan kami dari Malaysia.

“Setakat ini latihan bersama pelakon dari Indonesia hanya dibuat melalui online dan menerusinya, Alvin Y turut berpeluang untuk belajar bahasa Melayu,” katanya.

Sinopsis karya ‘Empat Perempuan Dari Satu’ merupakan kisah benar yang berlaku dalam kehidupan Hannah, Rozie, Nina dan Reeka yang disorot kepada umum oleh Nara.

Harapan, pilihan persoalan atau isu yang pasti berlaku didalam masyarakat dan diri sendiri yang tidak didengar dan tiada kekuatan untuk dinyatakan.

Artikekel Berkaitan:>

Teater Puteri Gunung Ledang: Sakti Siti Djamilah tampil berkonsepkan indie

(Visited 50 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button