NasionalNegeri

MPK laksana 39 projek selenggara infrastruktur awam selesakan rakyat

MAJLIS Perbandaran Kangar (MPK) telah melaksanakan 39 projek kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur awam seperti jalan, longkang dan lampu jalan yang berjumlah RM4.378 juta pada tahun ini bagi memastikan keselesaan kepada rakyat Perlis.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Negeri, Asrul Aimran Abd Jalil berkata, jumlah
peruntukan keseluruhan kerja-kerja penyelenggaraan jalan, longkang dan lampu jalan bagi tempoh 3 tahun dari tahun 2021 hingga 2023 pula berjumlah RM10.27 juta melibatkan 180 projek.

Abu Bakar Hamzah

“Ia berdasarkan pecahan berikut di mana 2023 (RM4,378,591.97), 2022 (RM3,505,953.98) dan 2021 (RM2,387,822.51),” katanya ketika menjawap soalan Abu Bakar Hamzah (Bersatu – Kuala Perlis) pada Mesyuarat Keempat, Penggal Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15 di Kompleks DUN hari ini.

Asrul Aimran berkata, bagi memastikan masa bertindak bagi aduan mengenai kerosakan infrastruktur awam kecil dapat dipendekkan, pihak MPK juga telah melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kecil secara kontrak bermasa (bila perlu).

“Pelantikan kontraktor telahpun dibuat mengikut kawasan Parlimen dan mereka akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan kecil bernilai kurang daripada RM5,000 bagi setiap kerja,” katanya.

Beliau menjelaskan, inisiatif ini bertujuan untuk memendekkan tempoh masa bagi penyelesaian aduan-aduan kerosakan kecil yang diterima oleh pihak MPK.

Asrul Aimran berkata, MPK juga melaksanakan dua kaedah penyelenggaraan bagi infrastruktur awam iaitu secara berkala dan tidak berkala.

“Penyelenggaraan berkala dilaksanakan secara berjadual mengikut frekuensi yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, misalnya pelaksanaan cuci longkang akan dilakukan setiap hari di kawasan pasar/komersial, sebulan sekali di kawasan perumahan (oleh syarikat konsesi E-Idaman) dan dua kali seminggu di kawasan stesen bas.

Katanya, penyelenggaraan tidak berkala pula melibatkan pembaikan/penyelenggaraan longkang, jalan, lampu yang dilaksanakan hasil daripada pemantauan pihak MPK, aduan awam yang diterima dan lain-lain. – SM

(Visited 42 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button