fbpx


Politik

Mohd. Shafie dituduh putar belit maklumat tanah Bagahak

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal disifatkan memutar belit fakta berhubung pemilikan tanah Bagahak di Tawau.

Hal demikian kerana beliau menuduh isu penyerahan tanah bagi tujuan pertanian itu tidak dilakukan dengan betul oleh kerajaan sebelum ini membabitkan syarikat Jawala Plantation Sdn. Bhd.

Mohd. Shafie berkata, ketika penyerahan hak milik tanah di Keningau dan Sook dibuat, tiada pihak mempertikaikan kerajaan negeri terdahulu

Menurutnya, Barisan Nasional (BN) ketika memerintah Sabah memberikan tanah kepada pemilik Jawala, Majid Khan.

“Jelas bahawa Shafie, tanpa segan silu, berbohong kepada orang ramai mengenai masalah tanah berkaitan Jawala Plantations.


BACA > Tolak budaya tikam UMNO, terima balik pengkhianat – Nur Jazlan — Suara Merdeka

“Tujuan utama beliau mengetengahkan isu Jawala Plantations ialah untuk mengalihkan perhatian daripada kes tanah Bahagak.”

Demikian penjelasan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam satu kenyataan yang merujuk kepada keputusan kerajaan negeri memberikan tanah kepada peneroka di Lahad Datu dipetik laporan Free Malaysia Today (FMT) hari ini.

Menurut beliau, Jawala dipilih untuk mengambil bahagian dalam konsep pengurusan hutan lestari (SFM) dan Unit Pengurusan Hutan (FMU).

Ia adalah bertujuan menangani isu konsesi yang tidak dikeluarkan kepada penduduk asal. Jawala dipilih kerana pengalaman mereka.

Bagaimanapun, beliau berkata, disebabkan kekurangan saiz kawasan yang sesuai di satu-satu daerah di Sabah, maka difikirkan wajar FMU menimbangkan untuk berkongsi kawasan mereka, dengan membenarkan sebahagiannya ditanam semula.

BACA > TH untung: ‘Sudah-sudahlah kekanda Mujahid’ — Suara Merdeka

Katanya, Pengurusan Hutan Sapulot bersetuju menyerahkan kira-kira 11,000 hektar daripada lesen FMU mereka.

Selepas Kabinet negeri memberikan persetujuan, maka pengecualian itu selesai dan lesen FMU Jawala dikeluarkan.

Rahman berkata, ia dilakukan bagi mempercepat usaha pengurusan hutan yang akan menyaksikan lebih banyak pemain industri, modal dan ekuiti diperolehi.

Terdahulu, Suara Merdeka memetik kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Mahkamah Tinggi Tawau memutuskan tanah terlibat di bawah Skim Pekebun Kecil Bagahak adalah milik pekebun kecil.

Ia dikaitkan dengan kes rampasan tanah bernilai jutaan dolar membabitkan Timbalan Ketua Menteri Christina Liew.

Liew bersama 2 yang lain didapati bersalah pada 2014 kerana mendorong sekumpulan pekebun kecil secara tidak sah untuk melanggar perjanjian usaha sama dengan Borneo Samudera, anak syarikat milik kerajaan, Sawit Kinabalu.

Mahkamah Tinggi memberikan ganti rugi RM557 juta kepada Borneo Samudera selepas mendapati berlaku perlanggaran kontrak.

BACA > Polis jamin keselamatan Rayhan Kabir — Suara Merdeka

Liew yang ketika itu menjadi peguam di pihak pembangkang, membuat rayuan berhubung keputusan berkenaan. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button