Nasional

Majlis berbuka puasa PM bersama media, penggiat seni berlangsung meriah

LEBIH seribu tetamu terdiri daripada pengamal media dan penggiat seni hadir pada Majlis Berbuka Puasa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Merdeka, WTC, Kuala Lumpur, hari ini.

Perdana Menteri segak mengenakan sepasang baju Melayu berwarna baby blue, tiba di dewan dan meluangkan masa, bersalaman dengan tetamu jemputan.

Sementara menunggu waktu berbuka, hadirin disajikan dengan tazkirah Ramadan Mubarak.

Berkonsepkan Malaysia Madani, majlis berjalan dalam suasana meriah.

Bermula malam ini adalah 10 malam terakhir Ramadan dan semoga diberkati Allah.

Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan artis antaranya kumpulan nasyid kontemporari, Hijaz dan Fauziah Gambus. – SM

 

 

(Visited 254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button