Nasional

Menteri agama diberitahu ada yang melacur dengan bayaran RM30

Terpaksa melacurkan diri dengan harga hanya RM30 disebabkan desakan ekonomi kesan daripada pandemik Covid-19.

Itu antara pendedahan yang diperolehi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri selepas melihat dengan mata sendiri kehidupan kupu-kupu malam di Lorong Haji Taib dan Chow Kit malam tadi.

Bekas mufti Wilayah Persekutuan itu yang ditemani oleh badan bukan kerajaan Seed Foundation tiba di kawasan tersebut ketika golongan terbabit termasuk sekumpulan pondan mula ‘membuka kedai’ untuk ‘berniaga’.

Mennurutnya, pandemik Covid-19 amat meninggalkan kesan terutamanya kepada golongan jalanan.

“Saya menjeling jam di tangan. Baru masuk ‘Isyak. Malam masih muda. Saya ditunjukkan beberapa ‘kawasan panas’ yang menjadi tumpuan kupu-kupu malam ini. Ada yang baru “buka kedai”. Kelihatan beberapa gerai kecil, cuma meja dan lilin yang meletakkan produk ubat kuat. Entah benar atau tidak.

“Saya juga dimaklumkan, oleh kerana desakan ekonomi ketika ini, ada yang sanggup menjual tubuh hanya dengan nilai RM30.

“Saya mendengar penjelasan Tasya (bukan nama sebenar) daripada Seed Foundation tentang kegiatan malam hari yang berlaku di sekitar Lorong Haji Taib. Beliaulah yang membawa saya melalui jalan-jalan sunyi ibu kota pada malam tadi,” katanya.

Menurut Zulkifli, dia mahu melihat sendiri aktiviti kupu-kupu malam di sekitar Lorong Haji Taib dan Chow Kit bagi meneliti ruang yang sesuai bagi pihak agensi agama daripada pelbagai peringkat untuk menghulurkan bantuan kepada golongan terbabit.

Katanya, beliau mempunyai pendirian yang tegas dari sudut agama berhubung kegiatan pelacuran namun itu tidak menghalangnya untuk sedaya upaya berusaha membantu kumpulan itu untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Pihaknya juga akan sedaya upaya menyediakan ruang untuk kumpulan itu mempraktikkan hak dalam mendapatkan pendidikan agama yang sewajarnya.

“Saya teringatkan kisah al-Allamah Syeikh Badruddin al-Hasani, seorang ulama besar Syria yang mengeluarkan sejumlah besar wang untuk disedekahkan kepada para pelacur.

“Beliau berpesan kepada muridnya, “Ketuklah setiap pintu rumah pelacuran tersebut dan ketika kamu menyampaikan sedekah ini katakan bahawa ini adalah sedekah daripada Syeikh Badruddin al-Hasani dan doakan beliau semoga diberkati oleh Allah SWT.”

“Keesokkan paginya , sesuatu yang mengejutkan telah berlaku. Seluruh bumi Syria gempar apabila keseluruhan pelacur yang ada di kawasan tersebut telah beramai-ramai datang menunaikan solat Subuh di masjid beliau.

“Mereka datang mendengar majlis pengajian daripada Syeikh Badruddin al-Hasani dan bertaubat daripada segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan,” katanya.

Menurut Zulkifli, setiap orang ada kisah silam masing-masing dan Alah sentiasa Maha Pengasih terhadap hambaNya.

Zulkfli turut menyantuni rakan jalanan dengan bekalan burger dan pai epal daripada McDonald’s.

Beliau turut mengadakan kunjungan ke Seed Foundation bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan peranan mereka dalam memberdaya kelompok pondan.-SM

 

 

 

 

(Visited 392 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button