fbpx
Politik

Mereka yang menyatakan Muhyiddin bukan PM Saya, tersasar dari ajaran Rasulullah – Dr. Maza

MUFTI Perlis berkata,  mereka yang menyatakan Tan Sri Muhyiddin bukan perdana menteri saya, adalah golongan tersasar jauh daripada ajaran Rasulullah.

Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abibin berkata, Islam hanya mengajar umatnya untuk menentang pemerintah atau ketua apabila dia mengajak melakukan maksiat dan kejahatan.

“Jika beliau merosakkan negara ketika itu kita bantah, kini beliau baru pegang kuasa dan kita tiada alasan untuk berkata itu bukan PM saya tidak mahu taat,” katanya.

Menurut beliau, mereka yang mengeluarkan ucapan sedemikian tersasar jauh dari apa yang diajar oleh Rasulullah.

Tambah Asri, ini adalah kerana perbuatan itu hanya dilandaskan kepada sifat taasub kepada pemimpin tertentu dan bukan alasan syarak.


BACA: Rakyat ucap tahniah kepada PM-8

“Dia berkuasa dan bukan mengambil kuasa, dia diputus oleh Yang di-Pertuan Agong, setelah diberi kuasa taatilah pemerintah itu dalam hal-hal tidak membawa kemaksiatan kepada Allah,” ujar Asri.

Menurut Asri, Muhyiddin seorang yang beragama dan solat serta mengambil tahu tentang kehidupan beragama.

Tambahnya, beliau juga mengambil kira soal halal dan haram serta solat berjemaah dan latarbelakang sedemikian diperlukan, demi memelihara pemimpin daripada perkara tidak elok.

“Harapan kelebihan itu jadi benteng kawal diri keluarga dan orang keliling daripada perkara yang merosakkan pentadbiran negara seperti salah guna kuasa dan rasuah,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button