Politik

ADUN DAP bimbang Pas dilantik ADUN, menteri Sabah

AHLI Dewan Undangan Negeri DAP Jannie Lasimbang bimbang kemungkinan wakil Pas dilantik sebagai ADUN Sabah.

ADUN Kapayan itu dalam satu kenyataan media yang disiarkan dalam portal rasmi kepunyaan parti itu,  Roketkini membuat spekulasi kononnya Pas mungkin akan dilantik sebagai Menteri Kementerian Undang-undang dan Anak Negeri.

“Kemungkinan ahli PAS yang dilantik untuk kemudian dilantik sebagai Menteri yang menjaga Hal Ehwal Anak Negeri di Sabah juga boleh bermaksud orang asli Sabah akan diabaikan kerana PAS adalah parti ultra-Melayu yang tidak menegakkan atau menghormati pluraliti budaya.

“Banyak prinsip budaya asli penting yang telah dikerjakan oleh Kementerian di bawah pemerintahan Warisan Plus, dan penambahbaikan terhadap sistem Mahkamah Anak Negeri cenderung diabaikan kerana ini tidak menjadi kepentingan PAS.

“Usaha yang diperkenalkan dan dicapai dalam 26 bulan jauh lebih relevan dengan Sabah daripada Dasar Kebudayaan Nasional,” kata Jannie.

Dia mengatakan bahawa PAS telah dengan jelas menunjukkan bahawa parti itu tidak terbuka untuk penganut agama lain.

Peruntukan untuk melantik enam Adun dilantik diberikan kepada Sabah semasa kemerdekaan apabila British merasakan bahawa golongan minoriti akan kehilangan perwakilan dalam Dewan Undangan Negeri dalam sistem demokrasi kerajaan.

Setiausaha Agung BN, Annuar Musa mencadangkan agar kerajaan baru negeri di bawah bayu melantik wakil pemimpin mereka seperti PAS untuk menganggotai Kabinet atau Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Mengulas lanjut perkara itu, Setiausaha Agung BN, Annuar Musa berkata beliau percaya sekurang-kurangnya seorang wakil PAS akan mengisi satu dari enam anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dilantik.

“Saya percaya seorang wakil PAS akan mengisi satu dari enam Adun dilantik. Mungkin dua lagi dari Umno, tiga lagi dari PBS, Star dan Bersatu,” tulisnya di Twitter.

Semalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu mencadangkan agar kerajaan baharu Sabah melantik wakil pemimpin daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) seperti Pas menganggotai Kabinet negeri itu.

Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata, ia sebagai tanda penghargaan kepada parti itu yang melakukan pengorbanan tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.-SM

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button