Jenayahpilihan

Menyamar jadi pengarah di KDN dan tipu wang artis, ‘Datuk Seri’ ditahan!

Selepas mendakwa dilantik menjadi Pengarah Bahagian Kewangan Kementerian Dalam Negeri (KDN), seorang wanita bergelar ‘Datuk Seri’ ditahan pihak polis selepas videonya tular dalam media sosial.

Selain menyamar sebagai penjawat awam, wanita berusia 33 tahun berkenaan turut didakwa telah menipu banyak wang artis tempatan untuk pembelian rumah dengan harga tidak masuk akal.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, pihaknya ada menerima laporan dari Setiausaha Bahagian KDN berhubung video yang sedang tular.

“Pengadu melihat satu rakaman video yang memaparkan wanita yang dikenali Datuk Seri Siti Nur Atiqah Baba mendakwa bahawa beliau dilantik sebagai Pengarah Kewangan (KDN),” katanya.

Penahanan dibuat ke atas Atiqah Baba bermula tiga hari Setiausaha Bahagian KDN tampil membuat laporan dan siasatan dijalankan mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


(Visited 156 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button