Nasional

Menu Rahmah hanya populis, rakyat nak KWSP dan kenaikan gaji

BEKAS Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menyifatkan konsep menu RAHMAH hanyalah pendekatan retorik bagi mengalih isu rakyat yang inginkan kenaikan gaji dan juga pengeluaran KWSP.

Sebenarnya konsep ini sudah dilaksanakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 6, Dato’ Sri Mohd Najib Razak dengan nama 1 Malaysia, tetapi telah ianya telah diketepikan selepas PRU 14 yang lalu. Ya, ada kebaikannya, tetapi impaknya kepada peniaga dan juga rakyat tidak menyeluruh.

Seharusnya, kini bukan masa mengkaji, mengkaji dan mengkaji, tetapi adalah perlaksanaan. Semenjak tahun 2000 sampailah kini, setiap kali nak PRU sahaja, perkara ini dijanjikan, tetapi selepas menang hanya jawapan yang dberikan kami akan menubuhkan ‘taskforce’ untuk mengkaji kenaikan gaji. Tiba lagi PRU, pasukan pengkaji entah ke mana, dijanjikan lagi kenaikan gaji.

Rakyat kini sudha mampu menilai dan takkan diperbodohkan lagi dengan janji-janji manifesto yang langsung tidak berfungsi setelah menang PRU.

Saya berharap agar kerajaan perpaduan kini sekurang-kurangnya dalam masa 1 tahun ini, bagilah berita gembira berkenaan kenaikan gaji di Malaysia.

Saya juga menyeru agar kerajaan dapat membenarkan pengeluarkan kali terakhir kwsp sekurang kurang 10% hingga 15% dari baki simpanan setiap penyimpan.

Kita semua tahu tahun ini, keadaan ekonomi negara agak meruncing dan membimbangkan. Bukan mudah untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan memulakan perniagaan.

Bagilah sedikit nafas untuk rakyat untuk kesekian kali ini.

Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin
Bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia

(Visited 211 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button