Luar Negara

Bintang filem lucah, Ron Jeremy berhadapan 20 pertuduhan serangan seksual

BINTANG filem lucah,Ron Jeremy didakwa pada hari Isnin (31 Ogos) dengan 20 tuduhan hubugan secara paksa dan serangan seksual, termasuk satu yang melibatkan gadis berusia 15 tahun, kata pejabat Peguam Daerah Los Angeles.

Jeremy, 67, antara nama besar dalam industri filem dewasa di Amerika Syarikat, didakwa pada bulan Jun kerana merogol tiga wanita dan menyerang secara seksual dalam insiden pada tahun 2014.

Tuduhan baharu menjadikan jumlah mereka yang menjadi mangsa tertuduh kepada 17 orang, berusia antara 15-54 tahun,kata pejabat Peguam Daerah dalam satu kenyataan.

Reuters melaporkan Jeremy pada hari Isnin mengaku tidak bersalah dalam penampilan di mahkamah di Los Angeles.

Dia juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan sebelumnya dan kemudian menulis di Twitter: “Saya tidak sabar untuk membuktikan tidak bersalah di mahkamah! Terima kasih kepada semua orang atas semua sokongan.”


Jeremy didakwa melakukan serangan seksual terhadap lelaki berusia 15 tahun di sebuah pesta di utara Los Angeles pada tahun 2004.

Banyak insiden lain yang didakwa berlaku di sebuah bar Hollywood Barat yang sering dia kunjungi, kata kenyataan itu.

(Visited 160 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button