fbpx
Rencah Hidup

Mengejutkan, lebih dua juta rakyat Amerika tidak dapat bekalan air bersih

SEMUA orang kagum dengan Amerika Syarikat (AS) yang dikatakan negara paling maju di dunia dalam serba-serbi, tetapi laporan berita mengatakan ia turut menghidap derita yang dialami oleh negara-negara membangun atau negara dunia ketiga.

Pakar mendapati lebih dua juta rakyat AS tidak ada akses kepada bekalan air bersih, sistem perpaipan yang asas atau khidmat kebersihan.

Laporan itu mendedahkan faktor kaum dan kemiskinan memainkan perana utama dalam akses kepada air – penduduk asal Amerika ada 19 kali kemungkinan untuk tidak mendapat bekalan air, sementara warga kulit hitam dan berketurunan Latin ada dua kali kemungkinan berbanding jiran mereka yang berkulit putih.

Kebanyakan sistem bekalan air masih menggunakan sistem lama yang dibangun berasaskan perkauman, yang menghalang akses kepada kawasan minoriti.

Daily Mail melaporkan bahawa laporan itu datang daripada pertubuhan bukan kerajaan DigDeep dan US Water Alliance, yang melakukan penyiasatan menyeluruh terhadap krisis air di negara itu.

“Akses kepada bekalan air yang bersih dan sanitasi yang selamat merupakan asas paling bawah untuk kesihatan, kemakmuran dan kehidupan.

“Tetapi, kemudahan itu kekal tidak dapat dinikmati oleh kumpulan orang yang sistuasi mereka paling rapuh di AS,”  kata Ketua Pegawai Eksekutif DigDeep, George McGraw.

Data daripada dua kajian, mengenal pasti enam kawasan panas krisis air di AS, termasuk Central Valley, California, kawasan Texas, kawasan luar bandar Mississippi dan Alabama, Appalachian West Virginia, ’empat penjuru’ di Southwest dan Puerto Rico.

Dengan lebih dua juga rakyat AS hidup tanpa bekalan air, ini bermakna kira-kira 1.4 juta rumah tidak ada kemudahan mandi, tandas atau sinki.

Pasukan itu mendapati ia cukup mudah untuk membuat ramalan berasaskan kaum dalam isu ini dengan orang asli Amerika, kulit hitam dan Latin didapati yang paling terjejas.

Dianggarkan 58 daripada setiap 1,00 penduduk asli Amerika didapati tidak mempunyai sistem perpaipan yang lengkap berbanding dengan tiga untuk setiap warga berkulit putih.

Laporan itu juga mendapati 0.5 peratus penduduk berketurunan Afrika tidak ada kemudahan bekalan air paip yang lengkap iaitu dua kali ganda berbanding kulit putih.

 

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button