Nasionalpilihan

Maritim selamatkan warga British terkandas di Pulau Lalang

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga British yang terkandas hampir tiga jam di Pulau Lalang, Melaka dekat sini awal pagi semalam.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, mangsa dikenali sebagai Russel Walter Boyd, 40, menetap di Bangsar, Kuala Lumpur ditemukan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru melalui aduan MERS 999 pada jam 2.30 petang.

“Sejurus menerima maklumat itu sebuah bot kilat 19 yang berada di kawasan berhampiran diatur gerak ke lokasi kejadian mangsa.

“Sebelum kejadian, mangsa telah keluar memancing seorang diri menaiki bot getah ke pulau tersebut sebelum bot hanyut dibawa arus kerana tidak diikat,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Iskandar berkata, mangsa dibawa ke Jeti Marina Banda Hilir untuk tindakan selanjutnya. – SM

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button