fbpx
Bola SepakSukan

Mane berdepan pemain bodoh, perempuh kereta – Keane

ROY Keane melabelkan pertahanan Manchester City, Kyle Walker sebagai ‘bodoh’ dan ‘perempuh kereta’ (‘car crash’) selepas dia dengan mudah menghadiahkan sepakan penalti sewaktu babak pertama dalam perlawanan menentang Liverpool yang berkesudahan seri 1-1 di Etihad, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Bek kanan berusia 30 tahun itu, melakukan kecuaian selepas dia mengasari Sadio Mane yang membawa kepada sepakan penalti yang disempurnakan oleh Mohamed Salah bagi membolehkan pesaing City itu mendahului 1-0.

Sebelum berakhir separuh masa pertama, Gabriel Jesus berjaya meledakkan gol penyamaan untuk skuad bimbingan Pep Guardiola itu, tetapi Walker dikritik teruk oleh bekas bintang Manchester United, Keane di atas kekasarannya yang membuka laluan kepada jaringan pembukaan buat Liverpool.

“Mane berdepan dengan seorang pemain yang bodoh. Orang berpendapat Kyle Walker bermain baik. Saya pula tidak berfikir sedemikian, dia terus melakukan kesilapan.

“Dia seorang pemain antarabangsa, berusia 30 tahun dan dia seorang perempuh kereta,” kata Keane kepada Sky Sports.


Bekas pertahanan Manchester City dan juga rakan setugas Keane selaku pundit, Micah Richard, bagaimanapun, mempertahankan Walker dan membalas kembali kritikan keras itu dengan berkata: “Saya fikir Roy keterlaluan.

“Tetapi dia memperjudikan nasibnya dengan Mane, dia sepatutnya menunggu terlebih dahulu.”

Keane kemudian meneruskan kritikan pedasnya ke atas Walker sebaik perlawanan tamat dengan menambah: “Cara bertahan seperti itu hanya dilakukan orang yang lembap dan gila, apabila dia menghalang dengan menjuntaikan kakinya, dia sendiri tahu dia telah memberikan sepakan penalti kepada lawan.

“Saya telah menyaksikan dia bermain sejak beberapa tahun lalu dan sikap lembap telah mendorong kepada keputusan bodoh. Apabila dia mengulangi kesilapan pertama buat kali kedua, saya memang tidak terkejut.

“Saya rasa beberapa cara dia bertahan sejak sekian lama mengejutkan. Saya sering mendengar sejak beberapa bulan lepas dia dianggap berada pada prestasi terbaiknya, tetapi sekarang dia telah berusia 30 tahun dan masih melakukan kesilapan bodoh yang sama. Dia tidak akan belajar.”

Bek kanan Manchester City itu sewaktu ditemu bual oleh Sports mail di mana Walker berkata, dia biasanya tidak terburu-buru melakukan kekasaran selepas dibuang padang sewaktu beraksi untuk England dalam aksi menentang Iceland.

Walker kembali mendapatkan posisinya dalam skuad kebangsaan England selepas mempamerkan prestasi baik, musim ini.
City bernasib baik, kesilapan tersebut tidak membawa padah kepada mereka apabila Jesus menyamakan kedudukan sebelum rehat separuh masa pertama.

Kevin De Bruyne mempunyai peluang untuk meletakkan tuan rumah mendahului perlawanan tersebut, tetapi malangnya sepakan penalti yang diambilnya tersasar dengan Liverpool dan City berkongsi keputusan seri sehingga wisel penamat dibunyikan. – Daily Mail – SM

(Visited 19 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button