Bola SepakSukan

STB, SK Utan Aji juara Kejohanan Bola Kid

PASUKAN Sekolah Tengku Budriah (STB) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Utan Aji masing-masing muncul juara dalam perlawanan akhir bawah 9 tahun dan 11 tahun pada Kejohanan Bola Kid 2022 di Stadium Tuanku Syed Putra.

Bagi bawah 9 tahun, pasukan STB berjaya menewaskan pasukan SK Oran dengan kemenangan tipis 1-0, membolehkan merangkul piala pusingan, pingat dan wang tunai RM1,800 manakala pasukan SK Oran selaku naib juara membawa pulang pingat dan wang tunai RM1,500.

Tempat ketiga pula diungguli pasukan SK Kayang yang menewaskan SK Jalan Raja Syed Alwi 1-0 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 berserta pingat.

Dalam kategori bawah 11 tahun, pasukan SK Utan Aji muncul juara setelah berjaya mengatasi cabaran sengit pasukan SK Titi Tinggi dengan keputusan 1-0 serta merangkul piala pusingan, pingat dan wang tunai RM1,800.


SK Titi Tinggi yang muncul naib johan membawa pulang pingat dan wang tunai RM1,500.

Tempat ketiga, diungguli pasukan SK Oran yang menewaskan SK Seri Indera 1-0 membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 berserta pingat.

Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda bongsu Banginda berdua Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Bagi Penaung ABATA Sukan dan Rekreasi, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, kejohanan kali ini disertai 56 pasukan mewakili sekolah rendah seluruh Perlis dan menjadi medan mengetengahkan bakat para pelajar di bawah usia 9 dan 11 tahun dalam bola sepak. – SM

Artikel berkaitan > Makan bola, tidur bola

(Visited 51 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button