Luar NegaraNasional

Malaysian Troll Army Digeruni Israel Sehingga Wujud Satu Dokumentari Khas

Kalau bercakap tentang Palestin, sudah tentu kekejaman tentera Zionis yang berpangkalan di Israel menimbulkan rasa geram seluruh dunia gara-gara tindakan mereka yang tidak berhati perut.

Rakyat Palestin terus menjadi mangsa sehingga kini dan tentera Zionis tetap berkeras mahukan Palestin yang dianggap milik mereka padahal silang sejarah antara bani Israel – Palestin telah terputus.

Tentera Zionis melancarkan serangan termasuklah pada Mei baru-baru ini, sewaktu umat Islam sedang menyambut kehadiran bulan Ramadan yang mulia, ada pula yang mencari gaduh.

Ekoran peristiwa itu, bukan sahaja bangunan musnah malah banyak nyawa wanita serta kanak-kanak terkorban akibat senjata dan peluru sesat tentera Zionis.


Seluruh Dunia Berang Termasuk Malaysia

Bagi menunjukkan solidariti kepada Palestin, ramai penduduk dari pelbagai negara mengecam tentera Zionis termasuklah ‘The Original Jews’ yang menganggap tindakan tentera Zionis sebagai sampah.

Penduduk di Malaysia juga tidak terkecuali namun uniknya tentang situasi ini, tentera Zionis dan Israel gerun akan serangan daripada akaun media sosial yang dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Mereka memberi gelaran Malaysian Troll Army kerana kecekalan rakyat Malaysia semasa menyerang akaun berpengaruh syarikat dan individu dari Israel sebagai tanda sokongan terhadap Palestin.

Lebih hebat, kumpulan hacker dari Malaysia terdiri daripada AnonGhost, Dragonforce Malaysia dan beberapa lagi pasukan lain dilaporkan telah bersatu tenaga dalam melumpuhkan sistem pengkalan data Israel.

Serangan Beri Kesan Emosi, Mental Dan Keselamatan

‘Serangan’ yang dibuat memberi kesan kepada warga Israel selepas tular sebuah perkongsian daripada seorang wanita warga Israel yang juga merupakan pengasas kepada syarikat Social Lite Creative.

Dengan mendakwa pihak mereka menerima kecaman yang hebat daripada warga Malaysia, beliau memaklumkan serangan yang dibuat Malaysian Troll Army melibatkan lebih 500,000 ciapan di Twitter telah membuatkan sejumlah besar akaun berpengaruh Israel seperti gal gadot menjadi menjadi mangsa serangan atau harassment.

Tidak kurang juga pihak hacker dari Malaysia yang turut membantu melancarkan serangan godam. Dakwaan beliau yang mengatakan serangan yang dibuat netizen Malaysia melangkaui standard komuniti telah menarik perhatian netizen Malaysia sekali lagi melihatkan kepada kekejaman yang dibuat pihak Israel.

Berikut adalah link Twitter yang boleh Malaysian Troll Army melakukan serangan untuk menjatuhkan imej Israel yang memfitnah pelbagai perkara mengenai rakyat Malaysia.

(Visited 416 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button