Nasional

Malaysia masih catat purata kes Covid-19 lebih 3,000 untuk lima hari

NEGARA masih mencatatkan lebih 3,000 kes baharu pandemik Koronavirus (Covid-19) bagi tempoh lima hari sejak 8 Februari 2021.

Malah. hari ini sebanyak 3,318 kes baharu direkodkan sekali gus menjadikan jumlah terkumpul sehingga pukul 12 tengah hari tadi adalah sebanyak 258,306 kes.

Sejak Isnin lalu, kes tertinggi dicatatkan adalah pada semalam (11 Februari) iaitu sebanyak 3,384 kes, begitu juga bilangan yang sembuh iaitu 3,929.

Namun perbezaan sembuh hanyalah 545 orang dan paling tinggi dalam tempoh sama adalah pada hari Selasa (9 Februari) iaitu perbezaan sebanyak 1,123 orang berbanding kes baharu diatatkan iaitu 2,764.

Bagi hari ini, jumlah yang sembuh adalah lebih tinggi berbanding kes baharu apabila perbezaan dicatatkan adalah sebanyak 187 orang.

Selangor pula terus melaporkan kes harian tertinggi iaitu 36.6 peratus atau 1,214 kes daripada jumlah di seluruh negara, diikuti Johor sebanyak 742 kes (22.4 peratus) dan Kuala Lumpur 374 kes (11.3 peratus).

Bagaimanapun, terdapat 14 kluster baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kluster adalah 962, tetapi turut diumumkan hari ini adalah penamatan tujuh kluster.

Oleh demikian sebanyak 478 kluster sudahpun berakhir sementara 484 kluster masih lagi aktif.

“Terdapat 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 13 kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster komuniti.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Seelong (326 kes), Kluster Tanjung Suria (258), dan Kluster Selambau (136).”

Demikian kenyataan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berhubung perkembangan terbaharu jangkitan Covid-19 hari ini.

Tambahnya,  tempat kerja masih lagi penyumbang terbesar kes baharu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sebanyak 51,579 aktif dicatatkan sehingga hari ini dan 258 daripadanya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 119 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya lagi, jumlah kematian dicatatkan adalah sebanyak 953 kes dengan pertambahan sebanyak 17 kes hari ini. – SM

 

 

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button