Politik

Makin hari makin bercelaru politik negara, inilah akibatnya bila kerajaan tak buat kerja

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyelar para pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebagai takut dengan bayang-bayang sendiri dan masih dibelenggu dengan pemikiran pembangkang.

Menurut beliau, sikap sedemikian menyebabkan mereka sering menyalahkan pihak lain kerana bimbang kedudukan mereka terjejas dan pada masa yang sama gagal berfungsi dengan baik sebagai sebuah kerajaan.

Mereka katanya, yang dalam ketakutan menuduh pihak pembangkang cuba merampas kerajaan dan mahu menjadi Perdana Menteri mengikut pintu belakang.

“Makin hari makin bercelaru politik negara, inilah akibatnya bila kerajaan tak buat kerja,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Kerajaan sepatutnya menumpukan kepada penyediaan dan pelaksanaan belanjawan yang sangat penting untuk negara dan rakyat keseluruhan.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Semberong mengulas tuduhan Lim Kit Siang bahawa beliau sedang menjalankan gerakan untuk menjatuhkan kerajaan PH demi menyelamatkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan dengan keputusan mahkamah pada 11 November ini.

 

(Visited 87 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button