Politik

PRN Sabah: Warisan mendahului, BN ketinggalan setakat ini

PERKEMBANGAN terkini keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16, Parti Warisan Sabah (Warisan) setakat pukul 7.55 malam ini mendahului Barisan Nasional (BN) dengan perbezaan 6 kerusi.

Warisan setakat berita ini dilaporkan oleh SUARA MERDEKA memperoleh 9 kerusi manakala BN, 3 kerusi.

Keputusan ini bagaimanapun tidak rasmi.

Parti komponen Warisan Plus terdiri daripada Amanah, DAP, UPKO dan PKR di mana, calon bertanding di bawah logo Warisan memperoleh 4 kerusi dan DAP, 5 kerusi. BN pula memperoleh 2 kerusi dari calon UMNO dan PBS, satu kerusi.

Lain-lain calon/parti termasuk calon Bebas setakat ini tidak memperoleh sebarang kerusi.

Keputusan dari semasa ke semasa dikemaskini di dalam Facebook SUARA MERDEKA. Sila ikut dan tanda like Facebook Suara Merdeka. – SM

(Visited 205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button