Agama

MAIPs agih sumbangan sebanyak RM30,000 sepanjang Ramadan

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadaf Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan agihan sumbangan bagi pelaksanaan aktiviti bulan Ramadan untuk rumah-rumah kebajikan dan warga emas negeri Perlis berjumlah keseluruhannya sebanyak RM30,000 pada tahun ini.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan penyerahan sumbangan tersebut di Masjid Al Hasan, Kg. Jejawi Dalam, Kangar.

Hadir sama ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ruzaini Rais dan Ketua Pegawai Elsekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Mohd Nazim pula menerangkan bahawa antara senarai yang menerima sumbangan tersebut ialah Rumah Seri Kenangan Jejawi (RM5,000), Rumah Kanak-Kanak Arau (RM5,000), Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Batu Bertangkup (RM5,000), Rumah Sejahtera Baitul Hannan Behor Mali (RM5,000), Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Kangar (RM5,000) dan Pusat Jagaan Teratak Rahmat Mata Ayer (RM 5,000).

Dalam pada itu, Tuanku Raja Muda turut mengajak semua bagi bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahuwa Ta’ala kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita semua sekali lagi diberi kesempatan untuk berpuasa dan menyambut hari raya Aidilfitri.

‘Bagi kita umat Islam, iktibar daripada ibadah puasa dapat menjadi panduan dalam menghadapi cabaran wabak COVID-19.
Sesungguhnya Aidilfitri pada kali ini dapat mengingatkan kita tentang erti kesabaran dalam menempuh kesukaran terutamanya sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan’, jelas baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hakah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda-anakanda iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua.

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button