Nasional

Mahdzir Khalid nafi suka berjudi

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur semalam diberitahu bahawa Datuk Seri Mahdzir Khalid merupakan seorang yang korup yang cuba mengaitkan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes projek solar hidbird bagi mengelakkan  tuduhan rasuah dikenakan terhadapnya.

Star Online melaporkan pasukan peguam bela isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menuduh bekas Menteri Pendidikan itu telah berpakat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pendakwaraya untuk menjadi saksi utama bagi membolehkan beliau terlepas daripada didakwa.

Semalam, mahkamah diberitahu tentang tabiat Mahdzir yang ‘suka berjudi’ dan bagaimana beliau ‘meminta’ RM60 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Shamsul  untuk meluluskan projek solar hidbrid itu.

Pada sesi pemeriksaan balas di hari keempat perbicaraan kes rasuah Rosmah, ketua peguam bela, Datuk Jagjit Singh pada asalnya Mahdzir mahukan Saidi melantik “Haji Puad” sebagai perunding projek itu, yang mana individu ini akan bertindak sebagai penerima kepada duit yang sepatutnya diberikan kepada Mahdzir.

Mahdzir: Saya tidak setuju.

Jagjit: Selepas berbincang dengan Saidi, dia bersetuju untuk membayar kamu RM1 juta sebulan untuk tempoh selama lima tahun menjadikan jumlah semuanya RM60 juta.

Mahdzir: Saya tidak setuju.

Jagjit: Selepas Saidi setuju untuk membayar RM1 juta sebulan selama lima tahun, dalam minit anda (tentang projek itu) dicatatkan ‘segerakan kertas cadangan ini ke Kementerian Kewangan.’

Mahdzir: Saya tidak setuju.

Jagjit: Anda pada asalnya meminya 20 peratus iaitu berjumlah RM250 juta tetapi mereka tidak setuju dan mengurangkan jumlah itu kepada RM1 juta sebulan untuk lima tahun.

Mahdzir: Saya tidak setuju.

Jagjit: Ini menjadikan anda Menteri Pendidikan yang paling korup ejak 31 Ogos 1957.

Jagjit mempersoalkan pengakuan Mahdzir dalam kenyataan saksi bahawa beliau meluluskan projek itu kerana tekanan daripada Saidi dan rakan kongsinya, Rayyan Radzwill Abdullah.

Malah Jagjit mendakwa Mahdzir meluluskan prohek itu atas kepentingannya peribadinya sendiri.

Mahkamah kemudian diberitahu bahawa Mahdzir telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan ketika itu,  Datuk Seri Alias Ahmad untuk membuang satu klausa dalam surat penerimaan tender itu atas kehendak Saidi dan Rayyan untuk memastikan beliau mendapat ‘wang rasuah’ itu.

Mahkamah diberitahu klausa yang dibuang itu berbunyi kerajaan mempunyai hak untuk menamatkan kerja atau aktiviti dalam tempoh kontrak itu.

Jagjit: Apabila mereka mengatakan anda tidak layak menjadi Menteri Pendidikan, anda melenting dan memberitahu Perdana Mentei, tetapi anda melayan mereka di rumah anda. Adakah perbuatan anda ini konsisten? Anda memberitahu Perdana Menteri anda tidak suka mereka, tetapi kemudiannya dengan gembiranya anda menerima mereka di rumah anda.

Mahdzir: Ini adalah arahan Perdana Menteri (memberikan surat penerimaan tender)

Jagjit: Arahan daripada Perdana Menteri bukannya untuk anda terima wang rasuah. Adakah Perdana Menteri arahkan anda buang klausa 11?

Mahdzir: Tidak.

Pihak pembela juga menuduh Madzir perlukan wang bagi membiayai tabiat suka berjudinya, yang mana ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh Mahdzir.

Jagjit: Apabila anda balik ke Alor Setar anda guna jet peribadi?

Mahdzir: Saya tidak setuju.

Jagjit: Anda menggunakan jet peribadi sepanjang tempoh berkempen?

Mahdzir: Sya tidak setuju.

Jagjit: Adakah anda juga menggunakan jet persendirian ketika pergi untuk berjudi di Macau, Singapura aau Perth?

Mahdzir: Saya tidak setuju.

Jagjit: Pernahkah anda menyewa jet persendirian untuk anda sendiri?

Mahdzir: Tidak.

Jagjit: Bagaimana jika saya dapat rekod perjalanan daripada syarikat jet persendirian ini?

Mahdzir: Okay.

Jagjit: Anda tidak berjudi langsung? Anda perlukan semua duit ini untuk membiayai tabiat berjudi anda.

Mahdzir: Saya tidak setuju

a

(Visited 889 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button