Nasional

Logo DAP pada replika cek bukan isu

Nga Kor Ming menyifatkan logo parti DAP pada replika cek sumbangan Kerajaan Pusat kepada beberapa buah sekolah bukan isu.

Sebaliknya, beliau berkata, yang penting sekolah berkenaan mendapat manfaat.

“Bukan, yang penting sekolah itu dapat manfaat,” jawab Naib Presiden DAP ringkas tanpa mahu mengulas lanjut.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jualan Merdeka Usahawan Komuniti Bandar 2023 di KPKT.

Hari ini, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan kewujudan logo parti DAP dalam replika cek  sumbangan Kerajaan Pusat kepada beberapa sekolah.

Tegas Akmal, perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku sekiranya  sumbangan yang diberikan adalah daripada kerajaan.

Isu ini tercetus selepas sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan sejumlah peruntukan diberikan kepada beberapa buah sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina.

Replika cek yang diserahkan kepada sekolah-sekolah terbabit terdapat logo parti DAP di sebelah Jata Negara.

Difahamkan sumbangan berkenaan melibatkan memperuntukkan RM1.8 juta untuk menambah baik dan menaik taraf peralatan 17 sekolah Cina di Perak. – MalaysiaGazette

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button