Nasional

Raja Muda Perlis ingatkan masyarakat supaya tidak alpa soal penularan Covid-19

Kita Jaga Kita! Lindung Diri, Lindung Semua! Masyarakat diingatkan supaya tidak cuai atau leka dan terus mematuhi SOP serta mengamalkan norma baharu dalam mendepani Covid-19.

Ditempat tinggal masing-masing, pantaulah status kesihatan diri dan ahli keluarga tersayang. Orang dewasa yang berisiko hendaklah mengamalkan norma baharu di rumah dengan penuh bertanggungjawab supaya penularan kepada ahli kelurga lain seperti kanak-kanak dapat dielakkan. Sentiasalah melakukan pembersihan atau disinfeksi di rumah serta hadkan pelawat.

Demikian titah nasihat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut hebahan media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih yang mana masing-masing menerima RM700 setiap seorang dalam kalangan anak kariah Masjid As Sakinah, kariah Kampung Padang Melangit untuk diagihkan oleh amilnya, Asnan Senawi baru-baru ini.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Sementara itu dalam sesi berasingan semalam, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim memaklumkan bahawa Covid-19 belum berakhir dan tren kes di negeri Perlis menunjukkan peningkatan semula sejak dua minggu yang lepas. Pada 7 Disember 2021, negeri Perlis melaporkan 46 kes.

Menurut beliau, antara faktor yang menyumbang kepada tren kenaikan kes adalah kerana terdapat penularan jangkitan di tempat kerja dan aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan seperti Kluster R119 Sungai Batu Pahat iaitu 30 kes positif dan Kluster Jalan Kangar Jaya 1 sebanyak 7 kes positif, penularan dalam kalangan kontak rapat ahli keluarga dan kejadian kes sporadik hasil saringan bergejala.

Beliau juga menyeru supaya masyarakat di negeri ini mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bagi mereka yang layak tetapi masih belum disuntik, dan bagi mereka yang telah layak untuk dos penggalak, dapatkan segera dos penggalak untuk perlindungan yang maksima. Mulai 6 Disember 2021 baru-baru ini, rakyat negeri Perlis boleh ‘walk in’ ke PPV Klinik Kesihatan Kampung Gial bagi mendapatkan suntikan tersebut.

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button