Nasionalpilihan

Lelaki maut jatuh dari tingkat 41

Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 41 sebuah hotel dalam pusat beli belah di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.00 tengah malam itu, mayat mangsa berusia 52 tahun ditemukan pekerja di ruang parkir lobi hotel.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang maut itu dipercayai jatuh dari tingkat 41 bangunan setinggi 42 tingkat itu.

“Polis yang tiba di tempat kejadian menemukan satu mayat seorang lelaki dengan keadaan tubuhnya hancur dari pinggang hingga kepala” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, seorang saksi telah mendengar satu bunyi dentuman yang amat kuat dan terkejut apabila melihat satu mayat dalam keadaan tertiarap.

Ujarnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – SM

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button