fbpx
Belang Bertempat

PRU-15 Oktober 2020

KALAU anda semua ingin tahu, semua barisan kepimpinan UMNO pada ketika ini amat mengharapkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dilaksanakan segera. Semua ini akibat ketidakstabilan kerajaan Pakatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa sebabnya pendirian UMNO sedemikian? UMNO adalah kunci yang mendukung kerajaan PN. Tanpa UMNO, tidak wujud kerajaan PN yang mencurahkan pelbagai insentif kepada rakyat.

Tetapi soalnya, kenapa? Tingkat 38 di PWTC sudah sesak dengan orang yang ingin melobi calon. Masing-masing sudah menghantar biodata dan profile diri.

Apakah semua ini? Hatta Bossku pun sudah ulang-alik Pekan. Adakah ini ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan sudah boleh dicurahkan?


Ini adalah satu persoalan besar. Rata-rata penganalisis politik sudah boleh meneka bahawa rakyat akan berpaling dari PH.

Rakyat benci dengan putar alam Tun Mahathir. Cukup-cukuplah. Rakyat mual dan muak dengan alasan 1MDB. Rakyat ditipu. Rakyat diomongkan dengan janji palsu. PH memang ditolak.

Tetapi apakah rakyat akan memilih Barisan Nasional (BN) dan UMNO kembali? Jika UMNO masih sama? Masih lapuk? Masih berebut? Masih berkedut? Apakah UMNO dan BN jadi pilihan?

Hari ini siapakah yang menentukan kemenangan? Rakyat pastinya.

UMNO masih statik dan pegun. Budaya berkurun ditemurun. Warloads UMNO masih kepingin untuk bertanding dalam PRU-15. Mereka yakin menang. Sedangkan rakyat melihat ini semua. Walau rakyat tidak mengundi mereka dalam PRU lepas tetapi mereka masih tidak sedar.

Realitinya, UMNO masih ditunjangi oleh pemimpin dinasour. Sudah tua. Sudah bau tanah. Tetapi ada hati beri servis pada rakyat.

Wajah baharu dalam UMNO terlalu minimum. Sangat sedikit. Kelibat anak muda macam Shahril Hamdan terkontang-kanting. Kesian dia!

Sebenarnya, ketika pemimpin senior dalam UMNO ini dapat jawatan Ketua Bahagian dulu, ada orang lain berundur dan memberikan kerusi tersebut pada mereka. Mengapa mereka tidak sudi berbuat demikian; beri kepada muka baru dalam UMNO?

Ada Ketua Bahagian bertanding lima kali dalam PRU, semuanya tewas. Masih mahu bertanding. Ada Ketua Bahagian jadikan jawatan untuk sakau projek kerajaan. Ada Ketua Bahagian jadi proksi Menteri. Ada Ketua Bahagian akan sangkut kes. Semua ini mahu bertanding PRU-15. Semua sebab mereka yakin UMNO kembali dipilih rakyat.

Tidak. Rakyat sudah bijak. Pilihan bukan lagi A atau B. Pilihan sekarang sudah pelbagai sama ada (a) atau (b). A kecik dan b kecik pun adalah pilihan mereka.6 Perkara Yang Merapatkan Rakyat Malaysia - Salaam

Inilah yang UMNO perlu celik. Bahawa calon yang segar, bersih dan suci harus menjadi sandaran. Tetapi cukupkah persona calon muda ini dalam bank senarai calon UMNO untuk PRU-15?

Formula paling idel bagi UMNO adalah keseimbangan calon. Kita tidak boleh juga menolak calon warload secara bulat-bulat. Terus gantikan dengan calon muda mentah-mentah. Ini soal servis kepada rakyat.

Persoalannya, apakah kriteria calon warload yang boleh bertanding dan tidak boleh bertanding. Adakah ini topik utama? Ada beberapa kriteria :

  1. a) Rekod kemenangan konsisten di kawasan Parlimen
  2. b) Turun padang dengan menjaga orang kawasan
  3. c) Tidak terlibat dengan masalah integriti
  4. d) Faktor kesihatan yang stabil

Atau penghujung tulisan ini. Boleh anda senaraikan siapakah pemimpin Bahagian yang sudah tidak layak bertanding dalam PRU-15? Silakan. – SM

(Visited 12 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button