Nasional

Siapa lagi bakal hilang pekerjaan?

KIRA-KIRA 30,000 orang dilaporkan hilang pekerjaan pada Disember lalu.

Angka tersebut dilaporkan menurun berbanding bulan sebelum itu daripada 15.32 juta kepada 15.29 juta orang.

Timbul persoalan apabila Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran sebelum ini menyatakan terdapat lebih 600,000 jawatan kosong tidak diisi.

M. KULA SEGARAN

Adakah benar jawatan kosong itu wujud atau sekadar kata penyedap hati rakyat yang bimbang kedudukan mereka sama ada boleh terus bekerja atau pun bakal hilang pekerjaan.

Menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, jumlah orang bekerja pada tahun lalu adalah menurun berbanding 2017 dan 2018.

[BACA ARTIKEL] RM6.5bilion untuk KWSP cipta peluang pekerjaan – Dr. Mahathir – Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Bimbang ramai hilang kerja babit kepentingan bahasa kebangsaan – Suara Merdeka

Beliau berkata. jumlah orang mendapat pekerjaan meningkat pada November dan Disember bagi kedua-dua tahun tersebut.

“Sebagai perbandingan, jumlah orang yang bekerja pada bulan Disember 2017 naik 62,000 orang berbanding November 2017.

NAJIB RAZAK

“Manakala orang yang bekerja bulan Disember 2018 naik 45,000 orang berbanding November 2018,” katanya.

Beliau memuat naik kenyataannya dalam Facebook mengulas laporan Statistik Utama Tenaga Buruh di Malaysia, Disember 2019 oleh Jabatan Sumber Manusia.

Tambahnya, keadaan ini amat merisaukan kerana kejatuhan jumlah pekerjaan tersebut disifatkan sebagai yang amat besar.

[BACA ARTIKEL] MAPS tutup, 265 hilang kerja — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Lima sebab jangan emel urusan kerja pada waktu malam – Suara Merdeka

“Data Jabatan Perangkaan Malaysia ini merisaukan kerana kejatuhan pekerjaan dari bulan ke bulan sebesar ini tidak pernah berlaku.

“Lagipun, kejatuhan ini berlaku sebelum Malaysia mula menerima tekanan besar dari wabak Coronavirus yang bermula bulan lalu,” ujarnya. – SM

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button