Luar Negara

Anggota tentera mengamuk akhirnya ditembak mati

SELEPAS 17 jam mengamuk dan menembak mati 20 orang ramai secara rambang, akhirnya anggota tentera terbabit ditembak mati oleh komando Thailand.

Anggota tentera itu telah menembak mati pegawainya di kem tentera di Korat sebelum menyerang orang ramai di Pasar Raya Nakhon Ratchasima.

Tindakan mengerikan itu telah disiarkan secara langsung oleh lelaki itu melalui Facebook.

Lelaki itu Jakrapanth Thomma, 32, dari kem Surathampithak juga telah menahan tebusan di pasar raya tersebut dan akhirnya ditembak mati selepas 17 jam dikepung dan berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan Thailand, lapor Bangkok Post.

(Visited 334 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button