Ekonomi

KWSP anjur Hari Integriti bersama Kementerian Kewangan dan agensi di bawahnya

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menganjurkan Majlis Hari Integriti Bersama Kementerian  Kewangan (MOF) dan Agensi-Agensi 2023 dengan objektif meningkatkan kerjasama antara agensi di bawah MOF serta menyahut seruan Kerajaan bagi meningkatkan amalan dan budaya berintegriti di kalangan semua kakitangan dan penjawat awam keseluruhannya.

Majlis bertemakan “Integriti Manifestasi Malaysia MADANI”, telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, dihadiri oleh Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir; Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Datin Rashidah Mohd Sies, Timbalan Ketua Setiausaha
Perbendaharaan (Pengurusan), Ketua-ketua Bahagian dan Agensi-Agensi Kerajaan.

Dalam ucapan alu-aluan beliau, Ahmad Badri berkata, “Setiap tahun, KWSP menganjurkan sambutan Hari Integriti di peringkat KWSP, di mana aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan penyertaan kakitangan KWSP sahaja. Namun, berbeza bagi tahun ini, selain penganjuran pelbagai aktiviti di peringkat KWSP, sambutan Hari Integriti bagi tahun ini julung-julung kalinya diraikan bersama dengan MOF dan semua agensi-agensi di
bawahnya.

“Sebagai pemegang amanah simpanan persaraan rakyat Malaysia, KWSP menekankan nilai teras yang membentuk asas pengurusan kewangannya dan kepentingan integriti dalam setiap aspek operasinya.

:Setiap tindakan yang kami ambil adalah berdasarkan kepentingan ahli KWSP dan pada hari ini, kami sebulat suara memperbaharui dedikasi kami untuk mencapai piawaian integriti tertinggi.

“Komitmen ini melangkaui pematuhan kepada peraturan semata-mata, tetapi meresap dalam budaya organisasi dan dalam keputusan yang kami lakukan setiap hari,” kata beliau.

Majlis tersebut dihadiri lebih 800 ahli dan kakitangan daripada organisasi yang mengambil bahagian, semuanya menunjukkan solidariti dalam memerangi rasuah, selaras dengan  saranan Kerajaan seperti yang termaktub dalam Pelan Integriti dan Pencegahan Rasuah (NACP) negara.

Tan Sri Ahmad Badri berkata, di peringkat KWSP, terdapat empat (4) teras utama yang dalam pelaksanaan Pengurusan Risiko Rasuah:

Meningkatkan keberkesanan dan pelaksanaan 46 inisiatif di bawah Pelan Integriti
dan Anti Rasuah KWSP;
 Meningkatkan aktiviti pengukuhan amalan berintegriti di kalangan semua anggota
dan pihak berkepentingan KWSP;
 Meningkatkan jaringan kerjasama dengan pihak luar; dan
 Melaksanakan Indeks Prestasi Integriti KWSP di semua peringkat Wilayah,
Cawangan dan Jabatan.

“Sebagai sebahagian daripada keluarga besar MOF, KWSP amat komited untuk menjayakan visi rangka kerja Ekonomi MADANI, yang bertujuan meletakkan Malaysia dalam kalangan 25 negara teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Matlamat ini memberi inspirasi kepada kami untuk terus meningkatkan tadbir urus yang baik dan sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap supaya hasrat ini dapat direalisasikan,” kata Tan Sri Ahmad Badri. – SM

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button